haribulantahun

TeRiMa KaSiH=))

Ahad, 31 Oktober 2010

hari ini... DlM HaTi Sy AdA TaMaN=))

Alhamdulillah... dlm suasana menjelang exam, hari ini Allah kurniakan hujan kepada sy dan sluruh makhluk-Nya di kawasan Batu Rakit ni..

sy sgt sukakan hujan. smpat lg keluar rumah td nk pegang air hujan.
sgt2 seronok..tp tak boleh lg mandi hujan. kna hbis exm..

n mugkin lps exam sy akn wat kerja tu.. hehehe...;-) ;-)
~dalam hati sy ada taman (hujan dh turun) ~
I love U Allah...

Sabtu, 30 Oktober 2010

AiR PaNcUt TeRbEsAr DaN TeRmAHaL di DuNiA!!

salam keberkatan...
salam menghadapi exam semua...
hehe sempat lg nk mengupload blog ni.. kali ni nak kongsi pasal 'largest water fountain' atau lbh glamornya org kampung sy panggil air pancut terbesar di dunia.. water fountain ni yg pling besar n paling mahal di dunia. dibina di tasik buatan Durj Dubai. 

kat bawah ni da bbrapa ciri air pancut ni:
- panjangnya melebihi 900kaki
- dapat memancutkan air setinggi 500 kaki
- dapat memncutkan air kira2 22,000 galen ke udara
- mempunyai 6000 lampu super
- terdapat kira2 25 projektor warna

jom pakat2 view gambonye..



                 ni close up gmbr. dlm pembikinan


                    pandangan ats dan jelas. besar tu..


                 ni shoot sblum tasik buatan tu diisi air...


          ni lps dah isi air.... banyak tu air...


                                  

  tok2 arab kat dubai tu dok saksikan kekayaan mereka...









             pemandangan water fountain ni waktu mlm..


ksimpulannya, sy nk cita kat sini pasal sikap tok arab yg kaya. org dubai mmg kaya... tok2 arab banyak minyak.. tp tak de satu pun blh tlg palestin yg tak pernah berhenti menderita...
deorg lbh suka bazir wat benda2 utk kemegahan dunia ni.
bl syurga dunia yg diimpikan, sahabat seagama pun dah dilupakan...
tak mustahil islam di palestin akan menang kalau deorang yg kaya raya ni bantu mereka..

~let's think for a moment~

Selasa, 26 Oktober 2010

TIPS:CaRa MuDaH dAn MuRaH MeNgHaLaU nYaMuK


Kalau digigit nyamuk bukan sahaja gatal malah boleh membawa penyakit denggi yang membawa maut. Kata orang mencegah lebih baik dari merawat, begitu juga dengan nyamuk ni. Sebelum mereka membiak, hapuskan dahulu tempat pembiakan nyamuk.
Kalau rumah kita ada nyamuk, pelbagai cara nak membunuh atau menghalau atau menghalang nyamuk dari mengigit kita. Biasanya orang menggunakan spray nyamuk yang bukan sahaja membunuh nyamuk tapi silap-silap kita yang terkena kesan jangka panjang angkara bahan kimia ni.
Kalau nak menghalau biasanya orang menggunakan lingkaran ubat nyamuk yang baunya macam hampeh tu atau menggunakan cara moden yang menggunakan air atau kepingan yang menggunakan elektrik. Dan kalau nak menghalang nyamuk gunakan cara lama – pasang kelambu.
Ok kali ni isuhangat ingin berkongsi satu cara terbaru iaitu memerangkap nyamuk. Benda ni kita boleh buat sendiri dengan bahan-bahan yang murah.

Bahan-bahan dan tool yang diperlukan.
1. Botol air minuman 1.5 liter
2. Gunting
3. 200 ml air
4. 50 gram gula merah
5. 1 gram ragi
6. Kertas atau kain hitam
Cara pembuatannya:
1. Potong botol di bahagian tengah, simpan di mulut botol dan bahagian bawah botol.
mosquito
2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan sehingga sejuk dan kemudian tuangkan di separuh bagian potongan bawah botol.
mosquito
3. Tambahkan ragi. Tidak perlu dikacau. Ini akan menghasilkan karbon dioksida.
mosquito
4. Pasang/masukkan potongan botol bahagian atas dengan posisi terbalik seperti corong.
mosquito
5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, kecuali di bahagian atas, dan diletakkan di beberapa
sudut rumah Anda.
mosquito
6. Dalam dua minggu, anda akan melihat banyak nyamuk yang terperangkap dan mati di dalam botol.
mosquito

Isnin, 18 Oktober 2010

jalan2 mencari fiqh awlawiyat..

Hari ini saya berjalan-jalan mencari ilmu mengenai fiqh awlawiyat. Saya terserempak dengan beberapa mutiara kata sepanjang perjalanan tadi dan ingin dikongsi dengan semua. Ringkas tapi padat dan sgt bermakna=))
  • Ibnu Khaldun menggariskan 4 sifat utama seorang  Khalifah Islam antaranya memiliki Ilmu yang melayakkannya untuk berijtihad.

  • Perubahan fasa daripada paksi individu dan keluarga kepada paksi masyarakat dan kerajaan menuntut gerakan Islam memiliki jentera amal yang mencukupi sanggup berkorban dan mengutamakan dakwah daripada diri dan keluarganya.

  • Sepatutnya adabiyat tanzim (tatasusila organisasi) adalah untuk khidmat kepada adabiyat syarak dan bukan sebaliknya.

  • Para tokoh generasi awal umat Islam (al-Salaf al-Shalih) pernah berpesan, seorang muslim yang bijak bukanlah mereka tahu membezakan antara yang halal dan haram. Akan tetapi dia ialah seorang yang mampu membezakan antara dua perkara yang halal, manakah yang lebih utama untuk diambil dan antara dua perkara yang haram, manakah yang lebih utama untuk dijauhkan.

Rabu, 13 Oktober 2010

Indomie Haram di Taiwan

Jenama mee segera ni mmg popular gk di Malaysia..

Indomie haram
Biro Kesihatan Taiwan mendapati Indomie dari Indonesia mengandungi bahan pengawet utama yang digunakan dalam kosmetik.
Laporan pemeriksaan rasmi diterima kelmarin, terkejut apabila mendapati bahan penambah makanan non-regular “hydroxyl benzoic acid methyl ester” dikesan dalam pakej produk kicap . Mee perasa lada termasuk juga ditemui mengandungi bahan pengawet “acid” berlebihan.

http://beta.nanyang.com/NewsCenter/articleDetail.asp?type=N&ID=190456&sID=7&CID=10
Indomie diharamkan di Taiwan
Oleh itu Taiwan telah mengharamkan penjualan Indomie dan meminta pekedai yang menjualnya menarik balik jualan mereka.
Syarikat pengeluar Indomie di Indonesia PT Indomie mengatakan syarikat yang mengeksport Indomie ke Taiwan adalah bukan dari syarikat rasminya.
Manakala Pengawas Ubatan dan Makanan di Indonesia mengesahkan Indomie mengandungi “hydroxyl benzoic acid methyl ester” tetapi mempunyai jumlah yang sedikit.Tetapi jika dimakan secara berterusan boleh menyebabkan muntah-muntah dan barah.
Di Malaysia juga, Menteri Kesihatan akan mengkaji kandungan Indomie yang dijual di Malaysia. Pihak kementerian sedang mengambil sampel Indomie.

posted- issuhangat