haribulantahun

TeRiMa KaSiH=))

Sabtu, 26 Disember 2009

CINTE KER KAWAN..?



Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung ...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga ... Kenapa??
Kerana ... CINTA itu buta..
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??
Kerana ... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA!!
Di dalam telaga CINTA hilang ... Kenapa??
Kerana ... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu .. Kenapa?? Kerana ... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia ... kan?-?
So, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI ....
Walau kita punya couple, ... teman still paling setia.
Walau kita punya harta banyak, ... teman still paling berharga.

Rabu, 23 Disember 2009

Adab-adab seorang penuntut ilmu

Menuntut ilmu merupakan satu kewajipan ke atas semua umat Islam di dunia ini. Islam menganjurkan umatnya agar sentiasa berusaha mencari ilmu pengetahuan di samping berusaha untuk mempertingkatkan kemahiran dan penguasaan diri dalam pelbagai bidang. Selain itu, ilmu pengetahuan juga merupakan kunci kepada kebahagiaan hidup manusia di dunia dan akhirat.

Kerana itu, Allah s.w.t. telah mewajibkan kita menuntut ilmu sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. dalam sebuah Hadis :

" عَنْ أَنَسِ ابْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ ، قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ وَمُسْلِمَةٍ " .

( Riwayat Ibni Majah )

Maksudnya : " Dari Anas bin Malik r.a. dia berkata : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. menuntut ilmu adalah satu kefardhuan ke atas setiap Muslim dan muslimat " .

Sebagai seorang pelajar kita seharusnya mengetahui adab-adab yang perlu diamalkan dalam menuntut ilmu. Antara adab-adabnya adalah:

  1. IKHLASKAN NIAT
  2. TEKUN BERUSAHA DAN BERTAWAKKAL
  3. MENJAUHI MAKSIAT
  4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH
  5. BANYAKKAN ZIKRULLAH
  6. MENJAGA KEHORMATAN DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN.
  7. DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA
  8. MENGHORMATI GURU

Ø Memberi salam terlebih dahulu apabila bertemu dengan guru.

Ø Menjaga maruah guru dan jangan sesekali cuba mencari kesilapan dan keaiban guru.

Ø Bersikap sopan apabila bercakap dengan guru.

Ø Tidak melawan serta menyakiti hati guru bagi mendapatkan keberkatan ilmu yang dipelajari.

  1. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI

Sabtu, 19 Disember 2009

MAN ANA..?


Nama diberi "cahaya para syahid pejuang di jalan Allah". Masih menuntut dalam bidang pendidikan aliran Sains di Kuala Terengganu. Berasal dari negeri indah jelapang padi. Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra. Kemudian menyambungkan pelajaran ke Al-Maahadil Mahmud Alor Star, Matrikulasi Gopeng dalam aliran Sains Hayat seterusnya ke Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Berharap dapat 'posting' dekat-dekat je=) dan sentiasa dpt membuat yng terbaik.