haribulantahun

TeRiMa KaSiH=))

Rabu, 23 Disember 2009

Adab-adab seorang penuntut ilmu

Menuntut ilmu merupakan satu kewajipan ke atas semua umat Islam di dunia ini. Islam menganjurkan umatnya agar sentiasa berusaha mencari ilmu pengetahuan di samping berusaha untuk mempertingkatkan kemahiran dan penguasaan diri dalam pelbagai bidang. Selain itu, ilmu pengetahuan juga merupakan kunci kepada kebahagiaan hidup manusia di dunia dan akhirat.

Kerana itu, Allah s.w.t. telah mewajibkan kita menuntut ilmu sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. dalam sebuah Hadis :

" عَنْ أَنَسِ ابْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ ، قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ وَمُسْلِمَةٍ " .

( Riwayat Ibni Majah )

Maksudnya : " Dari Anas bin Malik r.a. dia berkata : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. menuntut ilmu adalah satu kefardhuan ke atas setiap Muslim dan muslimat " .

Sebagai seorang pelajar kita seharusnya mengetahui adab-adab yang perlu diamalkan dalam menuntut ilmu. Antara adab-adabnya adalah:

  1. IKHLASKAN NIAT
  2. TEKUN BERUSAHA DAN BERTAWAKKAL
  3. MENJAUHI MAKSIAT
  4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH
  5. BANYAKKAN ZIKRULLAH
  6. MENJAGA KEHORMATAN DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN.
  7. DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA
  8. MENGHORMATI GURU

Ø Memberi salam terlebih dahulu apabila bertemu dengan guru.

Ø Menjaga maruah guru dan jangan sesekali cuba mencari kesilapan dan keaiban guru.

Ø Bersikap sopan apabila bercakap dengan guru.

Ø Tidak melawan serta menyakiti hati guru bagi mendapatkan keberkatan ilmu yang dipelajari.

  1. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI

0 comments:

Catat Ulasan