haribulantahun

TeRiMa KaSiH=))

Isnin, 18 Oktober 2010

jalan2 mencari fiqh awlawiyat..

Hari ini saya berjalan-jalan mencari ilmu mengenai fiqh awlawiyat. Saya terserempak dengan beberapa mutiara kata sepanjang perjalanan tadi dan ingin dikongsi dengan semua. Ringkas tapi padat dan sgt bermakna=))
  • Ibnu Khaldun menggariskan 4 sifat utama seorang  Khalifah Islam antaranya memiliki Ilmu yang melayakkannya untuk berijtihad.

  • Perubahan fasa daripada paksi individu dan keluarga kepada paksi masyarakat dan kerajaan menuntut gerakan Islam memiliki jentera amal yang mencukupi sanggup berkorban dan mengutamakan dakwah daripada diri dan keluarganya.

  • Sepatutnya adabiyat tanzim (tatasusila organisasi) adalah untuk khidmat kepada adabiyat syarak dan bukan sebaliknya.

  • Para tokoh generasi awal umat Islam (al-Salaf al-Shalih) pernah berpesan, seorang muslim yang bijak bukanlah mereka tahu membezakan antara yang halal dan haram. Akan tetapi dia ialah seorang yang mampu membezakan antara dua perkara yang halal, manakah yang lebih utama untuk diambil dan antara dua perkara yang haram, manakah yang lebih utama untuk dijauhkan.

0 comments:

Catat Ulasan