haribulantahun

TeRiMa KaSiH=))

Rabu, 6 Februari 2013

TANYALAH USTAZAH (Teladan Nabi dalam Rumahtangga))

Ok, tadi dh kongsi sikit ilmu dalam TANYALAH USTAZ. Mai pakat2 kongsi ilmu dalam rancangan TANYALAH USTAZAH pulak.

Waktu program ni bersiaran, tgh wat keja dapur. So terlepas sikit slot yang mula2 tu. Nama ustazah tu pun tak sempat nak tau. Tapi tak pe, berkongsi sekadar yang mampu. 


Ok untuk program ni, dapat lihat tadi ada beberapa org mak cik yang  telah menitiskan air mata. Sangat2 terkesan dengan ceramah yang disampaikan oleh ustazah tersebut. Tajuk kali ni berkaitan Contoh Teladan Nabi dalam Rumahtangga.

Diceritakan bahawa rumah dan bilik Nabi sangat sederhana. Perabot yang ringkas, dinding rumah dari tanah, atap dari pelepah2, saiz bilik dalam 6-7 hasta sahaja. Kehidupan yang sederhana ini patut dicontohi oleh kita. Isteri tak seharusnya berlebih-lebihan menuntut kemewahan daripada suami. Hanya sedikit saja dari bahagian dunia yang Nabi serta keluarga Nabi ambil. Bak kata ustazah tu, kita patut bersederhana ikut zaman.

Pergaduhan serta penceraian dalam rumahtangga sekarang banyak juga berpunca dari komunikasi yang tidak berkesan. Ustazah ada juga berkongsi cara komunikasi Nabi dalam rumahtangga.Menurut beliau, ada 5 cara. Tapi beliau sempat berkongsi 3 sahaja.

Komunikasi nabi dalam rumahtangga:

1) KOMUNIKASI AQIDAH
- Percakapan yang dikaitkan dengan Allah. Segar dengan mengingati Allah.

2) KOMUNIKASI YANG CERDIK
-Isteri perlu peka dan tahu serba sedikit tentang minat dan kerjaya suami. 
Sewaktu nabi bersedih apabila para sahabat tidak mahu mengikut arahan Nabi supaya bercukur dan menyembelih, Nabi berjumpa Ummu Salamah dalam keadaan sedih. Ummu Salamah yang bijak ini memberi cadangan agar Nabi memulakan dulu bercukur serta bersembelih. Akhirnya para sahabat turut ikut serta dengan apa yang telah Nabi lakukan.

3) KOMUNIKASI DENGAN EMOSI
- Mendengar dan bercakaplah dengan perasaan (bukan maksud beremosi ye). Cuba faham apa yang dirasa oleh suami, gunakan perasaan kasih sayang yang Allah kurniakan. 
Nabi mendengar isterinya Saidatina Aisyah bercerita mengenai 11 orang perempuan dan suami mereka kepada Nabi. Baginda mendengar dengan penuh semangat, emosi, tersenyum... 

Nabi dan Saidatina Kahdijah juga turut beriba-riba apabila berkomunikasi. 

SUBHANALLAH..Indahnya ajaran Nabi kita. Setiap sudut kehidupan ada ajaran dari baginda. Jadi tugas kita sekarang adalah menggali sebanyak mungkin sunnah2 nabi supaya hidup kita lebih terarah dan bahagia.

~Diakhir rancangan, dapat lihat ramai yang berair mata~ (+_~)




1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Salam ustazah..saya ani....nak tanya derhakakh saya pukul suami yg suka ambil pil...dia ckp last tp tetap sama jg....sekarang saya blm2 lg mengandung...

Catat Ulasan