haribulantahun

TeRiMa KaSiH=))

Khamis, 22 Mac 2012

Rahsia Formula Pemakanan Genius-genius Islam silam

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan – penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur.
Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :
1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai ” shifa ‘” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya.
Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon,magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin,mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.
Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit – penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca,
merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM :
2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG :
Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!
2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN :
i) Menghadap Kiblat
ii) Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hati
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan
jika dikunyah seperti makan kacang.
v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM :
i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii) Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca
oleh Rasullullah s.a.w
4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif.
Sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya seorang
Nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka
Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur”. Telur
terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan
tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah
telur ayam kampung dan yang masih baru.
5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis – manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.
6) LIMAU OREN
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau – limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, ‘Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu’. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah
menerangkan hatinya selama 40 hari.”
8 ) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak – kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak – kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
9) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaik darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina. Memudahkan penghadaman serta membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.
10) DAGING BIRI-BIRI/KAMBING
Daging mengandungi banyak khasiat. Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat
meningkatkan kekuatan hafazan. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana.
Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun.
Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa
daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.
11) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka.Kekacang mengandungi nilai protein yang
tinggi.
12) ZA’FARAN : KOMKOMA ( CROCOS SATIVUS )
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.
13) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

(kredit to http://hamil.mustaffa.org/search/kalori-ibu-hamil?wpmp_switcher=mobile)

Sabtu, 3 Mac 2012

My MoNoLog~i~

IPGKDRI- my beloved collage

This year is the final year for my degree study at Terengganu. I'll leave lots of memories  here. There are about 5 and half year i have been in Terengganu. Terengganu has taught me to be more matured and independent.To be a good person is not easy. Its really need high and tough 'mujahadah'. And i still trying to get that point.
For some one out there, happy wedding day on this Jun and hopefully Allah will bless u and your partner always. just like "syu, stop dreaming n be in reality!" =p

Hmmm... my fingers quite hard to type this entry. Perhaps i have not write to long.. and actually my english also broken. SORRY!;-p

Next week i'll be observe by a mentor at school. So hard to say cause it is an English subject! I still have no idea what to teach in class. Pray for me my friends..

sorry my BlOg..

salam keberkatan. di kedinginan pagi hari ini dgn rendah hati ingin memohon maaf kpd blog ini krana telah lama meninggalkan awk. huhu.. i'll never let u be alone anymore=)

Ahad, 8 Mei 2011

Palestin: Tusukan Jarum dan Patahkan Jari Cara Terbaru Penyiksaan Terhadap Pendukung Hamas


Khamis, 02/12/2010 – Bekas tahanan yang bebas dari penjara Abbas di Tebing Barat menerangkan cara penyiksaan baru yang digunakan para penyiasat terhadap pendukung Hamas.
Bekas tahanan yang baru dibebaskan di Ramallah menyatakan kepada Infopalestina bahawa penyiksaan di penjara tentera Abbas sangat memberi kesan buruk terhadap kehidupan mereka, dari segi fizikal mahupun mental. Berita yang tersebar bahawa penyiksaan dihentikan hanyalah dusta dan pembohongan semata.
Bekas tahanan menyatakan bahawa para penyiasat tentera di penjara preventif Beitunia melakukan penyiksaan terhadap salah seorang tawanan secara keras dan ganas, menusuk kepalanya dengan jarum dan benda tajam. Dalam kenyataannya menyebutkan bahawa para penyiasat meletakan pengait besinya di atas kepala, kemudian menekannya dengan kuat sehinga darah mengalir dari kepalanya yang meninggalkan kesakitan dan kecederaan yang sangat teruk.
Para penyiasat juga memukul tahanan secara ganas di bahagian lambung dan menendang dengan keras sehingga darah keluar dari mulutnya. Kemudian diikat secara silang dan dilarang tidur dan solat. Hal ini yang menyebabkan keadaan kesihatannya memburuk dan terpaksa dihantar beberapa kali ke hospital sementara itu pihak keluarga dilarang melawatnya.
Sementara itu salah seoarang tahanan dipaksa berdiri terbalik dengan bersandar pada jari tangannya. Kemudian salah seorang penyiasat bertubuh gempal melompat ke atasnya yang menyebabkan beberapa jari tahanan tersebut patah.
sumber : COMES
penterjemah : osman


Adakah anda masih ingin berserongkol dgn Israel dan Agen2 nya?
Apa yang kita dari Umat Islam di Malaysia boleh tolong?
Berdoa dan Boikot barang2 Israel dan sekutunya yg mampu kita boikot..
 HPA SALAH SATU JALAN PENYELESAIANNYA...

Jumaat, 1 April 2011

Surat Dari Anak Mak Yg Dah Tak Nakal..

surat ini dari seorang sahabat kpd ibunya... marilah sama-sama kita hayati~

Mak.....
Terlalu bosan rasa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....
Mak tau tak.....
Itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa......




Dan itu juga terakhir kali nya.Emmmm...
Rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
Nak tinggal kan anak2 mak..... 
Nak tinggal kan dunia fana ni..... 


MAK macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
Kakak pun rasa hairan.....
Mak tak penah buat gitu.....
Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....

Tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
Kengkadang siaran indonesia ..
Mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2.....
Pastu mak jemur karpet-karpet. ..
Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
Mak biarkan ruang tu kosong..
Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..Paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
Ada kat dalam almari.....
Ada kat dalam dalam beg..... Ada dalam ASB.....
Ada kat dalam Tabung Haji..
Mak cakap tak berapa cukup lagi....
Ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..?? 
Kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar....
Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
Mak cuma gelak jer....
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..


Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/2007 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
Mak dah dalam kesakitan.Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
Mak tetap takmau pi hospital.... .dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
Tapi kiter berkeras juga pujukk..nanti di hospital ada doktor...
Ada ubat untuk mak..kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju... ..
Mak memang degil..tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakitkami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..


Mak.....
Ampunkan kami semua...
Kami nak mak sehat...
Kami sayang mak...
Kami tak mau mak sakit... Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital...
Ampun kan kami yer mak....


Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospitaldan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt..kiter jawab pula...
Kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
Mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kiter sampai....
Mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
Bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
Kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...mak tanya kenapa...? 
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga..... 


Mak....

Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
Mak, kiter menipu mak kan ..ampon kan kiter....


Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .
kannn
Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong.. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....



Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...? 


Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....


Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!


Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir.....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk......
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah.....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...


Makk...
anak mak yang seorang tu demam.... 

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .

Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..."
Dan akhirnya akak juga nangis.....
Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....


Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan...
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...

Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... 

sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak Mak Yang Dah Tak Degil





Psst :
F.A.M.I.L.Y is one of the strongest words anyone can say..!
because the letters of FAMILY means :
Father And Mother I Love You ! ♥