haribulantahun

TeRiMa KaSiH=))

Selasa, 4 Mei 2010

RaHsIa KeKaL CERIA =))


PESANAN: Sila Baca Entry Ini Hingga Habis. Untuk Keuntungan Maksimum!

kembali semula sya untuk menjejaki laman maya ini. segala puji bagi Tuhan semesta alam. selawat dan salam buat nabi besar junjungan S.A.W serta sahabat dan keluarga baginda.

sedih, kecewa, marah, down, semua perasaan ini boleh terjadi dalam khidupan harian kita lantaran cabaran dan dugaan yang sering menghempap dan menghambat kematangan pemikiran kita.

di sini sukalah hati ini untuk berkongsi dengan pembaca semua cara untuk kekal ceria dan bersemangat dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup ini.

mungkin sudah ramai yang mengetahui tapi entry kali ini adalah sebgai tazkirah peringatan buat kita hamba yang sering lalai dan leka..

ujianlah yang menentukan sama ada kita bersedia untuk terus menghadapi hari-hari mendatang atau pun tidak.

Namun ujian bukanlah penghalang untuk kita kekal senyum dan ceria.sebaliknya, Dengan senyuman dan kecerian lah kita akan mampu untuk menghadapi ujian hidup.

tak percaya?? jika kita ditimpa masalah @ musibah, memang biasalah kita akan susah hati @ menangis kan? persoalan nya, apakah susah hati & menangis itu akan menyelesaikan masalah? ketenangan masih boleh dirasai jika kita bijak mengawal perasaan, menerima segala ujian & masalah dengan berlapang dada.

salah 1 caranya: tetap kekal senyum & ceria. Memanglah susah kan! ada tika nya perit & mengecewakn+melukakn. tapi percayalah masalah tak kan selesai jika kita lari dari masalah tersebut.ia akn selesai jika kita berusaha menyelesaikannya.

Jika suatu ketika kita ditimpa dugaan @ masalah dan mempersoalkan tentang soalan2 ini, maka ingatlah tentang prinsip pegangan ini.........


1~KENAPA AKU DI UJI? kenapa aku yang gagal? kenapa aku yang kene? kenapa semua ini terjadi kat aku?
"apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;"kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar & sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-surah Al-Ankabut ayat 2-3

2~KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU NAK??
"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
Surah Al-Baqarah ayat 216-

3~KENAPA UJIAN SEBERAT INI??
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupanya (kemampuannya)"
-surah Al-Baqarah ayat 286-

4~KENAPA RASA KECEWA??
"janganlah kamu b'sikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang yang beriman,"
-surah al imran ayat 139-

5~BAGAIMANA AKU NAK HADAPI SEMUA INI???
"wahai orang-orang yang beriman! bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepad Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-surah Al-Imran ayat 200-

6~APA YANG AKU DPT DR SEMUA NI???
"ssungguhnya Allah telah membeli daripada org2 mukmin, diri, harta mereka dgn memberikan syurga untuk mereka..." -Surah At-Taubah ayat 111-

7~KEPADA SIAPA AKU BERHARAP??
"cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-NYA. hanya kpd-NYA aku bertawakal." -surah At-Taubah ayat 129-

8~AKU DAH TAK DAPAT TAHAN LAGI!!!!
".......dan jgnlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-surah Yusuf ayat 12-

ya Allah... bertapa Engkau dapat menjawab segala kerungutan dan kelemahan diri kami...
ya Allah... kami insan yang sangat lemah dan kerdil di sisi-Mu..
ya Allah... kautkanlah kami untuk meneruskan amanah-Mu ini..
ya Allah... thabatkanlah kami dalam perjuangan panjang yang tidak akan berakhir ini...
Amin ya Rabb..

Selasa, 27 April 2010

Mungkinkah akan berlaku sebegini di tanah airku..



 
SEORANG wanita yang menunggang motosikal ditahan kerana memakai seluar ketat di Banda Aceh pada Disember lalu.


12 Jamadil Awal 1431H.
Mr. President

Polis tahan gadis pakai seluar ketat.

BANDA ACEH - Seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Yuli berjanji akan memakai pakaian bercirikan keislaman selepas dia ditahan oleh polis pencegah maksiat di sini baru-baru ini.

"Saya berjanji akan membeli pakaian yang lebih bercirikan keislaman," katanya yang ditahan ketika sedang menunggang motosikal.

Dia menunjukkan reaksi kesal semasa ditahan oleh seorang anggota polis lelaki.

Semasa ditahan, dia memakai seluar jean ketat dan blaus yang dianggap tidak mencerminkan pakaian Muslim.

Pasukan polis itu mempunyai 1,500 anggota termasuk 60 wanita.

Dalam operasi yang dilakukan polis itu, sebanyak 18 wanita ditahan kerana memakai pakaian terlalu ketat dan baju yang menunjukkan bentuk tubuh badan mereka.

Seramai tiga lelaki ditahan kerana memakai seluar pendek.

"Kita perlu menghormati undang-undang syariah yang telah diguna pakai oleh pemerintah wilayah dengan menetapkan wanita cuma boleh menunjukkan wajah dan tangan mereka," kata ketua polis maksiat itu, Hali Marzuki.

SEORANG anggota polis pencegah maksiat (kanan) memberi nasihat kepada beberapa wanita (dua dari kiri) kerana memakai pakaian ketat di Banda Aceh pada Disember lalu.

http://idhamlim.blogspot.com/

Jumaat, 23 April 2010

Makna Bacaan Dalam Solat-(TingkatKan KhusYuK)

salam kesyukuran dan kesejahteraan.
agak lama menyepi dari menulis blog. terasa rindu utk kmbali menggerakkan jari jemari menaip.
sedikit perkara yang ingin dikongsi pada entri kali ini adalah berkenaan khusuknya kita dlm solat.
sabda nabi " Allah tidak memandng solat, di mn solat org itu di dalam solatnya tidak menghadirkan hatinya serta badannya"

jelaslah betapa pentingnya kita berusaha utuk mghadirkan diri kita dlm solat.
slh satu tips yg blh dikongsi dlm usaha kita utk lebih khusuk adalah dgn MEMAHAMI MAKSUD BACAAN DALAM SOLAT.

oleh itu, saya ingin berkongsi dgn smua antara makna2 bacaan dalam solat:


Allah Maha Besar

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri
dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah
dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau  wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
sama2 lah kita cuba mengingati makna2 bacaan ini...




Rabu, 14 April 2010

pucat

salam keberkatan salam keredhoan..
semalam dan kelmarin ramai tegur muka aku pucat
aku pun tak tau sbbnya.

mugkin terlalu banyak bebanan asignmnt n kerja2 di maktab.
or mugkin terlalu banyk berfikir..
banyak masalah yang timbul di dalam keserabutan suasana sekarang

terpana sebentar aku bla seorang sahabat menegur "mungkin banyak cas negatif dlm diri sbb tu nmpak pucat"
yahhh aku pun terus terfikir. ~nmpknya aku kna bersikap lg positif utk hadapi segala cabaran yg datang.

cabaran melayan kerenah insan2,
cabaran menyiapkan tugasan,
cabaran dgn 'down' dri sndiri,
cabaran cabaran dan cabaran...
terus memburu dan menjejaki aku

Ya Allah.. aku bersyukur kpd-Mu di ats smua cabaran ini
tunjukkanlah aku cara terbaik utk mengatasinya
tunjukkanlah aku cara terbaik utk menerimanya
tetapkanlah aku di jalan kebenaran ini
jauhkanlah aku dari sikap amarah..
amin...

(kadang2 kalau terlalu baik ramai yg akn pijak kpla. mungkin aku perlu lbh tegas lps ni- apply sikap Umar al Khattab=).......)

Jumaat, 9 April 2010

kartun


































 nk jelaskan lagi kartun artikel di bwh.. harap dh blh bace=).
jgn bace sje, cuba renung dalam2... penah tak kite buat benda ni. klu penah... mksudnya dah dikira______
astaghfirullahh..