salam keredhaan..
ramadahan almubarak bakal menjelma tidak lama lg.
aku mengintai-ngintai persiapan yg dilakukan utk mghadapinya. tp, tak ada apa yg klihatan jelas di sana.
aura kehebatan para sahabat menanti ramadhan, belum meresap sebati dlm jiwa ini.
teringat swaktu KULTUM (kuliah tujuh minit) di balai Islam lps zohor tadi. pentazkirah hari ini adlh lecturer, tp dari jabatan mana tidaklah dapat dikenalpasti.
antara isi perigatan yg tlh dismpaikan oleh beliau adlh berkenaan PERSIAPAN mukmin utk mghadapi ramadhan.
antara perkara yg dikongsi pada tengahari td adlh brkenaan qiamullail, solat2 sunat, bacaan alquran, dan sedekah. pendek kata, hal antara hubungan kita dgn Allah serta hubungan kita sesama manusia.
menurut beliau, kita sptutnya sudah mula melatih diri utk mlakukan ibadah2 td sblum menjelang bulan ramadhan lagi.
ini bg mengoptimumkan daya tenaga ibadah kita menjelang 1 ramadhan hinggalah ke penghujungnya.
ringkas bicara, kita dh mula biasa dgn bangun malam, bersedekah, baca al-Quran, dan ibadah2 lain sebelum msuknya 1 ramadhan.
natijahnya, kita dpt mengoptimumkan kuasa ibadah kita di bulan ramadhan!=).
in d nut shell, sama2 kita berusaha utk beramal seperti para sahabat nabi yg sntiasa menangis merindui ramadhan.
~ramadhan yg mulia~
Selasa, 3 Ogos 2010
Jumaat, 30 Julai 2010
Revolusi Mercedes Benz 1886 – 2010
BismikAllah...
bila sebut ja pasal kereta yg brand2 ni, msti kita tak terlepas dari menyebut kreta mercedes.
biasanya kaum adam mmg bangga bebenor bl dpt memiliki kreta ni sbuah.
kat bawah ni ada bbrapa gmbar mercedez benz dari awl versi higga yg terkini.
jom pakat2 view =)















~agak2 bl la nk dpt sbuah ek (bukan versi lama)~
tak pa tak pa. tak dpt pun syukur... harta dunia=))
Rabu, 28 Julai 2010
Shhhhhh... jgn menangis wahai hamba
rawatlah hati...
“…mereka ditimpa dengan kemelaratan, penderitaan dan digoncang(dengan pelbagai cubaan)…” Surah Al-Baqarah ayat 214.
“Jagalah Allah, maka Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, maka kau akan melihat Dia berada di hadapanmu(menjagamu), sekiranya kau hendak meminta sesuatu, mintalah kepada Allah, dan sekiranya kau hendak meminta bantuan, mintalah bantuan Allah…” Hadith riwayat Tirmidzi, Hadith 19 dari Hadith 40 riwayat An-Nawawi.
Sabtu, 24 Julai 2010
KeAjAiBaN SeWaKtU PeNgEbUmIaN UsTaZ FaDhIL NoR (Ustaz dlm kenangan...)
hari ni cuaca di sekitar rumah sewa sy mendung sj.
tb2 sy terkenangkan Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden Pas, yg juga mantan pelajar sekolah sy bljr dlu. MAAHAD MAHMUD ALOR STAR.
terasa cepat je air mata nk mengalir.
beliau merupakan sosok perjuangan Islam yg sgt disanjungi pihak kawan mahupun lawan.
Almarhum sgt thabat dlm perjuangn panjang ini sehinggakan pd hari pengebumian beliau pun, Allah masih
memberi ruang untuk beliau berdakwah! Subhanallah...
Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. dekat2 ngn kampungku. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang.
perjuangan Ustaz dalam menegakkan syiar Islam di Malaysia ini sgt besar. sebelum almarhum meninggal, beliau sempat berpesan agar jenazahnya dikebumikan di Madrasah Darul Ulum, iaitu sekolah yg telah beliau bangunkan sendiri.
seingat sy, kisah beliau 'berdakwah' pd hari pengebumian beliau tidak pernah di hebahkan oleh mana2 stesen tv.
diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut, sewaktu membawa jenazah almarhum, sepanjang perjalanan awan telah melindungi kapal terbang. sedangkan pada ketika itu, bahagian langit yg lain panas terik.
ini disaksikan sendiri oleh co-pilot yg brtugas ketika itu.
selain kisah di atas, ada juga kisah yg brlaku di pokok sena. begitu ramai rakyat dari pelusuk negara yg ingin menziarahi almarhum utk kali terakhir hingga berlaku kesesakan lalu lintas yg luar biasa kira2 20km dari madrasah Darul Ulum. para pemimpin dan org ramai terpaksa berjalan kaki sejauh kira2 11 km utk tiba di madrasah. Tuan Hj. Guru Datuk Nik Abdul Aziz telah menjadi imam solat jenazah almarhum.
Ketika Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berucap, beliau berkata, PAS telah kehilangan ramai pimpinan. Di seluruh Malaysia tapi inilah kali pertama beliau melihat bagaimana ratusan ribu orang hadir ke majlis perkebumian seorang pemimpin PAS. "Ini membuktikan perjuangan beliau telah berjaya menyakinkan orang ramai. Orang ramai terhutang budi dengan pemimpin berjiwa besar seperti beliau,"kata Tuan Guru Nik Aziz sebelum mengimamkan jenazah Allahyarham Ust Datuk Fadzil Nor.
Allahyarham sepanjang hayatnya adalah pejuang yang gigih, sabar, komited dan sederhana. Demi kepentingan perjuangan Datuk Fadzil Nor akan bersahabat dengan sesiapa sahaja walaupun orang itu dulu adalah lawan beliau. Sifat tidak berdendam menjadikan beliau dihormati oleh kawan dan segani oleh lawan. Semoga Rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.-Al Fatihah.
Oik! KeReTa TeRkEciL
Kereta kecil sesuai untuk mengurangkan kesesakan jalan raya , senang nak parking dan kalau rosak pun senang nak tolak.
jom pakat2 view kereta kecil yg tlh dicipta. sya pun tak pasti siapa penciptanya...


http://www.isuhangat.net/2010/03/18/kereta-terkecil/
jom pakat2 view kereta kecil yg tlh dicipta. sya pun tak pasti siapa penciptanya...


http://www.isuhangat.net/2010/03/18/kereta-terkecil/
Langgan:
Catatan (Atom)





