haribulantahun

TeRiMa KaSiH=))

Jumaat, 30 Julai 2010

Revolusi Mercedes Benz 1886 – 2010

BismikAllah...
bila sebut ja pasal kereta yg brand2 ni, msti kita tak terlepas dari menyebut kreta mercedes.
biasanya kaum adam mmg bangga bebenor bl dpt memiliki kreta ni sbuah.  
kat bawah ni ada bbrapa gmbar mercedez benz dari awl versi higga yg terkini. 
jom pakat2 view =)


THE LIFE CYCLE OF MERCEDES BENZ

THE LIFE CYCLE OF MERCEDES BENZ !!!!




















~agak2 bl la nk dpt sbuah ek (bukan versi lama)~

tak pa tak pa. tak dpt pun syukur... harta dunia=))

Rabu, 28 Julai 2010

Shhhhhh... jgn menangis wahai hamba

rawatlah hati...


“…mereka ditimpa dengan kemelaratan, penderitaan dan digoncang(dengan pelbagai cubaan)…” Surah Al-Baqarah ayat 214.


“Jagalah Allah, maka Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, maka kau akan melihat Dia berada di hadapanmu(menjagamu), sekiranya kau hendak meminta sesuatu, mintalah kepada Allah, dan sekiranya kau hendak meminta bantuan, mintalah bantuan Allah…” Hadith riwayat Tirmidzi, Hadith 19 dari Hadith 40 riwayat An-Nawawi.
 
    

Sabtu, 24 Julai 2010

KeAjAiBaN SeWaKtU PeNgEbUmIaN UsTaZ FaDhIL NoR (Ustaz dlm kenangan...)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lg maha mengasihani...
hari ni cuaca di sekitar rumah  sewa sy mendung sj.
tb2 sy terkenangkan Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden Pas, yg juga mantan pelajar sekolah sy bljr dlu. MAAHAD MAHMUD ALOR STAR. 
terasa cepat je air mata nk mengalir.
beliau merupakan sosok perjuangan Islam yg sgt disanjungi pihak kawan mahupun lawan.

Almarhum sgt thabat dlm perjuangn panjang ini sehinggakan pd hari pengebumian beliau pun, Allah masih 
 memberi ruang untuk beliau berdakwah! Subhanallah...

Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. dekat2 ngn kampungku. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang.

perjuangan Ustaz dalam menegakkan syiar Islam di Malaysia ini sgt besar. sebelum almarhum meninggal, beliau sempat berpesan agar jenazahnya dikebumikan di Madrasah Darul Ulum, iaitu sekolah yg telah beliau bangunkan sendiri.
seingat sy, kisah beliau 'berdakwah' pd hari pengebumian beliau tidak pernah di hebahkan oleh mana2 stesen tv.
dengan izin Allah, pilot yg menerbangkan beliau dari KL ke Kedah telah memeluk Islam. 
diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut, sewaktu membawa jenazah almarhum, sepanjang perjalanan awan telah melindungi kapal terbang. sedangkan pada ketika itu, bahagian langit yg lain panas terik.
ini disaksikan sendiri oleh co-pilot yg brtugas ketika itu.

selain kisah di atas, ada juga kisah yg brlaku di pokok sena. begitu ramai rakyat dari pelusuk negara yg ingin menziarahi almarhum utk kali terakhir hingga berlaku kesesakan lalu lintas yg luar biasa kira2 20km dari madrasah Darul Ulum. para pemimpin dan org ramai terpaksa berjalan kaki sejauh kira2 11 km utk tiba di madrasah. Tuan Hj. Guru Datuk Nik Abdul Aziz telah menjadi imam solat jenazah almarhum.

Ketika Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berucap, beliau berkata, PAS telah kehilangan ramai pimpinan. Di seluruh Malaysia tapi inilah kali pertama beliau melihat bagaimana ratusan ribu orang hadir ke majlis perkebumian seorang pemimpin PAS. "Ini membuktikan perjuangan beliau telah berjaya menyakinkan orang ramai. Orang ramai terhutang budi dengan pemimpin berjiwa besar seperti beliau,"kata Tuan Guru Nik Aziz sebelum mengimamkan jenazah Allahyarham Ust Datuk Fadzil Nor. 

Allahyarham sepanjang hayatnya adalah pejuang yang gigih, sabar, komited dan sederhana. Demi kepentingan perjuangan Datuk Fadzil Nor akan bersahabat dengan sesiapa sahaja walaupun orang itu dulu adalah lawan beliau. Sifat tidak berdendam menjadikan beliau dihormati oleh kawan dan segani oleh lawan. Semoga Rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.-Al Fatihah.



Oik! KeReTa TeRkEciL

Kereta kecil sesuai untuk mengurangkan kesesakan jalan raya , senang nak parking dan kalau rosak pun senang nak tolak.

jom pakat2 view kereta kecil yg tlh dicipta. sya pun tak pasti siapa penciptanya...










http://www.isuhangat.net/2010/03/18/kereta-terkecil/

Jumaat, 23 Julai 2010

Durian oh Durian...

esok insyaAllah institut wat rombongan PISMP sem 4 ke Kampung Jerangau Sungai  n Dendang kat Dungun.
ni rentetan kpd program Bina Insan Guru, Khidmat Bakti Ank Angkat kat sana ritu.

rombongan kali ni nk makan buah durian. mcm2 halangan dan dugaan kami terpaksa harungi nk g sana kali ni. 
asalnya hri jumaat minggu lps. tp sbtu ada kuliah gnti. so tunda la ke minggu ni...
dah rncng molek2, pg td dpt brita bas utk bw ke Jerangau tak da. so trpaksa la kmi mencari alternatif lain..

nk cancel tak boleh dah. mak ayh angkat dah wat persiapan nk smbut kami... aku pun xcited nk g. call mak angkat, mak ckp tak da... ke Batu Pahat. anta Munirah, adk angkatku smbung blaja.

tp aku tetap dgn kexsitedan aku. akhirnya brjaya juga mndapatkan sbuah kereta utk ke Jerangau esok. Syukur pada-Mu ya Illahi...

selamatkanlah perjalanan kami pergi dan pulang esok. amin...

Khamis, 22 Julai 2010

WaRgA TuBaN SaTu2Nya SuKu d DuNia yg MeMaKan TaNaH

Hmm..bagaimana ya rasanya memakan tanah liat yang dipanggang, tapi untuk warga yang satu ini adalah jagohnya makan tanah liat. Bagi warga Tuban, Jawa timur memakan tanah lait panggang tak berbeza seperti kita memakan stik coklat. Makanan dari tanah liat yang diberi nama ampo ini sudah menjadi makanan tradisional yang dipercaya masyarakat Tuban dapat menguatkan sistem pencernaan. Bahkan memakan tanah liat juga dipercaya sebagai ubat yang dapat mengubati beberapa macam penyakit.

Rasima, sang penjual ampo, mengatakan bahwa tidak ada resepi untuk untuk memasak tanah tersebut. Dia hanya mencari tanah yang bersih yang bebas dari kerikil, kemudian ditumbuk dan dipadatkan sehingga berbentuk segi empat. Kemudian, dengan mengikisnya dengan stik dan membentuknya seperti gulungan. Tanah yang sudah menggulung itu kemudian dibakar dan diasapi selama 1 jam, lalu jadilah sebagai snack atau makanan ringan yang siap dimakan. Rasima biasanya menjualnya dipasar dan sehari dia beroleh pendapatan sekitar Rp 20 ribu(RM7.00) untuk menyara keluarganya.

Tuban merupakan satu-satunya tempat di dunia yang memakan tanah. Memang ada orang-orang aneh di dunia yang suka makan pasir, dan benda aneh lainnya. Tapi tidak ada yang memakan tanah panggang. Salah seorang warga Tuban mengatakan bahwa dia sudah memakan ampo sejak dia masih kecil dan ampo mendinginkan perutnya.


Nak tak blaja cara nk buat ampo? rajin2 blh rasa=))



1. Pisahkan Tanah Liat Dengan Kerikil dan Pasir

Pada tahap ini tanah dipilah-pilah antara yang lembut dan yang kasar. Sperti membuat adunan jajan, maka keseragaman "tepung" tanah menentukan kenikmatan dan kepulenan camilan yang dihasilkan nanti.

2. Bentuk Tanah Menjadi Kotak-KotakKalau kita membuat kuih ada istilah kalis, ya disini juga demikian, membuat adunan tanah liat menjadi bentuk kotak menunjukan bahwa adunan sudah kalis. Kalis sendiri bererti komposisi tanah dan air sudah merata pada setiap bagian adunan. Ciri auonan tanah liat yang kalis dilihat dari sudah tidak lengket pada telapak tangan.

3. Bentuk Stick/batanganTanah liat dibentuk menjadi stik, jika anda liat sepintas pembuatannya mirip dengan pembuatan wafer stick atau astor.
4. Bakar Tanah LiatSetelah tanah liat dibentuk menjadi stick, kemudian dipanggang diatas tungku tradisional sampai mengeras dan kering. Seperti pada gambar, tanah liat diletakan diatas wajan dengan pemanasan tungku dan kayu.
5. DisajikanSetelah semua proses dilalui maka tanah liat siap disajikan di meja untuk jadi teman menonton tv. nyummm...

Kalau rasa cukup berani silakan berkunjung ke tuban dan membeli. boleh juga meminta beg plastik untuk membungkus sebagai oleh-oleh keluarga dirumah.
 
~syukur la hdup d msia...~
 
(http://idhamlim.blogspot.com/2010/07/warga-tuban-satu-satunya-suku-di-dunia.html )

Selasa, 20 Julai 2010

TAHNIAH MAMA!!=))

 
mama n mak ngah kt PWTC

19-22 Jun ritu ada majlis konvokesyen OUM ke 8 di Dewan Merdeka PWTC, KL.
Alhamdulillah setelah 4 tahun bertungkus-lumus menyambung pelajaran dalam usia 41 tahun ketika itu, akhirnya mama telah berjaya mendapat kelulusan ijazah sarjana muda dalam pendidikan.
this is the most precious moment to mama n family=).

mama pnh ckp dlu waktu nk smbung blajar " mama smbung blaja ni pun nk bg ank2 smangat jgk. mama blh msti anak2 ma lg blh"   terharu sgat rasa.

bila terkenang balik saat2 mama blaja, tak mampu rasa aku nk menanggung kesusahan sehebat itu. blaja sambil bekerja mmg bukan satu perkara yang mudah. dengan komitmen lain yang membeban serta tanggungjawab yang besar terhadap family, mama mampu harungi dengan tabah dan berjaya.

Tabik hormat untuk mama!

InsyaAllah kami akan berusaha sungguh2 mama. segala pengorbanan mama tak kan kami lupakan. I LOVE U.


~2 jambangan bunga tu abg syafiq yg pilihkan=)~


Isnin, 19 Julai 2010

BeRfIkIr Di LuAr KoTaK

Pernahkan kalian mendengar perkataan THINKING OUT of BOX atau kata lainnya ,'berfikir di luar kotak'. conferm smua penh dgr kn.
Sepanjang pengalaman saya, tidak semua yang dapat berfikir di luar kotak untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Sifat jumud dan tidak kretif sbenarnya msih menguasai sebahagian besar umat manusia termasuk umat Islam sendiri a.k.a saya.

disini, sy nk berkongsi beberapa kisah berkenaan dengan sikap "thinking outr of box' ini. 



Kes 1

Ketika NASA memulakan pelancaran angkasawan ke ruang angkasa, mereka mendapati bahawa pen tidak akan berfungsi pada graviti sifar (dakwat tidak akan mengalir ke bawah)
Untuk mengatasi masalah ini, mereka membelanjakan USD$12 juta. Mereka membangunkan sebuah pen yang bekerja di graviti kosong, terbalik, dalam air, di hampir semua permukaan termasuk kristal dan dalam pelbagai suhu dari bawah titik beku kepada lebih daripada 300 darjah Celcius.
Tetapi apa yang Russia lakukan?
Mereka menggunakan sebatang PENSIL!

Kes 2

Kilang kosmetik yang besar di Jepun menghadapi masalah besar kerana terdapat kotak sabun yang kosong, tercicir dimasukkan sabun dalam kerja operasi pembungkusan. Syarikat menerima aduan daripada pelanggan yang telah membeli bekas sabun yang kosong.
Pihak syarikat menganggap serius perkara ini dan pengurusan merekab meminta kakitangan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan cepat.
Jurutera bekerja keras untuk memasang mesin sinar-X dengan resolusi tinggi, monitor diawasi oleh dua orang untuk melihat semua kotak sabun yang berlalu di atas line.
Tapi ketika salah seorang pekerja di sebuah syarikat kecil menghadapi dengan masalah yang sama, dia tidak masuk ke dalam komplikasi X-ray, dll tetapi sebaliknya keluar dengan penyelesaian lain.
Dia membeli kipas angin industri yang kuat dan menghalakannya pada line operasi pembungkusan kotak sabun itu.Ini bermakna setiap kotak sabun akan melewati kipas dan kipas itu akan menerbangkan kotak kosong keluar dari barisan! 

Moral cerita: Selalu mencari penyelesaian mudah. Merancang penyelesaian paling mudah yang menyelesaikan masalah dan jangan menganggap masalah yang besar itu perlu diselesaikan dengan cara yang besar juga!

harapan:
~pelaksanaan kazoku(usrah) lps ni hrp2 naqib n naqibah dapat applykan konsep "berfikir di luar kotak" dlm prlksanaan kazoku. Baru jd lg mantaapp... =)) ~

Jumaat, 16 Julai 2010

modem baru

ALHAMDULILLAH...
dapat menjenguk kembali blog usang ni.
hampir sebulan tak ziarah.
gara-gara pindah rumah, terputus bekalan internet.
harapan dengan ada modem celcom baru ni dapat menjadi penyelamat.
terutama sekali utk ~assignment~
JOM terus berjuang=))