haribulantahun

TeRiMa KaSiH=))

Isnin, 14 Jun 2010

WAJAH-WAJAH PARA SYUHADA' M.V MAVI MARMARA.....




Sebelum ini kita sudah mendengar terlalu banyak perbuatan  kejam yahudi laknatullah telah diperindahkan dgn propaganda media2 pro-israel. mereka bagaikan anjing gila dgn rakusnya menguasai media dunia. 

Setahu saya, antara media2 yg  kuat menebarkan fitnah terhadap islam adalah CNN dan BBC. Antara propaganda BBC bagi menghalalkan tindakan Israel adalah katanya, tanpa bantuan dari luar pun Gaza telah mampu menghasilkan misil. Maka, apatah lagi apabila ada bantuan, pastinya akan lebih teruk.

Namun Allah Maha Besar. sekuat mana pun mereka, kuasa Allah jauh lbh hebat. sewaktu kejadian sukarelawan M.V Mavi Marmara diserang pada 31 May 2010, Al-Jazeera punya media dihadang.Satetlitnya diganggu dari mendapat rakaman secara LIVE semasa tragedi itu berlaku. Tetapi media Turki mereka tidak berjaya tutup kerana mereka terlupa. Di dalam kapal Mavi Marmara, terdapat banyak kamera tersembunyi yang merakamkan semua kejadian itu. Video-video inilah yang akhirnya membuka keadaan sebenar akan apa yang dilakukan oleh Israel.

Pada pg 31 May 2010 itu, 9 sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kepada saudara seagama di Palestin. Mereka dibunuh oleh tentera israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar. Berikut merupakan senarai syuhada' yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut :
 

1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turkey, berkahwin dan mempunyai 6 orang anak.

















2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai 4 cahaya mata.






















3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai 2 orang putera.


















4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.






















5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 3 tahun.






















6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak.

















7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai 7 orang anak.
























8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.




















9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai 2 adik beradik.


















 
Dr. Arba’ie, salah seorang daripada sukarelawan Malaysia sempat mencium tiga dari yang gugur pada pagi berdarah itu. Dr. Arba’ie telah memberitahu bahawa ada bau kasturi yang harum keluar daripada tubuh mereka yang telah terbunuh itu.

ALLAHUAKBAR!!!

0 comments:

Catat Ulasan