haribulantahun

TeRiMa KaSiH=))

Khamis, 17 Jun 2010

PeTuA KeCaNtIkAn UnTuK sMuA....

saya pasti setiap insan igin memiliki wajah dan tbuh yg sihat dan cantik. Tambah2 para kaum hawa.
sini nk kongsi sdikit tips yg berguna utk smua. harap kita dpt amlkn utk mndpt kcntikn yg mksimum!=))
~sesuai utk kaum hawa dan adam~

• Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir dan berdo’a.

• Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘bersenam’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh.Lalu berkomunikasi pada Allah SWT dengan zikir dan do’a.

• Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau
telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

• Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

• Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak
sayuran, buah-buahan, dan air putih.

• Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi. 

SeLaMaT BeRaMaL SmUa!!!

Isnin, 14 Jun 2010

aL- FatihaH, UsTaZ HaSSaN ShUkRi KmbAlI kE rAhmAtUlLah..


KUALA LUMPUR, 14 Jun: Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi.
Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.
Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang.
Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.
Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.
Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.
Jenazah allahyarham dibawa keluar dari hospital kira-kira jam 3.40 petang. Hadir sama di hospital ialah Ketua Penerangan dan bendahari PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Dr Mohd Hatta Ramli.
Naznah yang merupakan rakan rapat keluarga Ustaz Hassan ketika bercerita kepada Harakahdaily berkata, buat pertama kalinya beliau dan isteri Ustaz Hassan, Puan Hamidah tidak mengiringi bersama suami masing-masing ke muktamar.
"Kali ini, Kak Midah berbolak-balik antara hendak pergi atau tidak ke muktamar kerana ada kenduri dekat sini. Hasilnya dia tidak pergi dan saya hanya pergi ke muktamar Dewan Muslimat dan terus pulang," cerita Naznah.
Sebelum Timbalan Presiden, Ustaz Hassan pernah menjadi Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung PAS. Allahyarham pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara oleh Kerajaan PAS Terengganu selepas Pilihan raya Umum kesepuluh lalu.
Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.
Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan.
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa adalah antara pemimpin parti yang awal menziarahi allahyarham di kediamannya di Taman Melewar.
Turut menziarah ialah Datuk Kamaruddin Jaffar, Mohd Hanipa Maiden, Khalid Samad serta Datuk Nakhaie Ahmad.
Ustaz Nasharudin menyifatkan parti kehilangan tokoh yang merupakan kamus dan rujukan parti berikutan kematian Ustaz Hassan Shukri.
Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Bachok berkata, baru dua hari lepas, allahyarham menerangkan struktur Perlembagaan PAS kepada tetamu luar PAS di JKR 10, Kota Bharu.
“Saya kenal Ustaz Hassan sejak awal perjuangan di Malaysia,” kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menziarahi petang ini.
Beliau yang juga Ketua Pembangkang menyifatkan allahyarham adalah tokoh perjuangan Islam yang asal dan kekal hingga kini.
“Kita hilang satu sumber rujukan yang besar,” katanya.
Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Selangor kehilangan seorang tokoh yang berjuang untuk rakyat.
“Saya pernah berbincang dengan beliau bagaimana nak bantu rakyat yang tiada rumah dengan menggunakan wang zakat di atas tanah kerajaan,” ujarnya yang juga Menteri Besar Selangor.
Katanya, Selangor telah memilih beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah sebelum ini.
Jenazah Ustaz Hassan akan disembahyangkan jam 8.30 pagi esok di Surau Taman Melewar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh 2.
Harakahdaily    

WAJAH-WAJAH PARA SYUHADA' M.V MAVI MARMARA.....




Sebelum ini kita sudah mendengar terlalu banyak perbuatan  kejam yahudi laknatullah telah diperindahkan dgn propaganda media2 pro-israel. mereka bagaikan anjing gila dgn rakusnya menguasai media dunia. 

Setahu saya, antara media2 yg  kuat menebarkan fitnah terhadap islam adalah CNN dan BBC. Antara propaganda BBC bagi menghalalkan tindakan Israel adalah katanya, tanpa bantuan dari luar pun Gaza telah mampu menghasilkan misil. Maka, apatah lagi apabila ada bantuan, pastinya akan lebih teruk.

Namun Allah Maha Besar. sekuat mana pun mereka, kuasa Allah jauh lbh hebat. sewaktu kejadian sukarelawan M.V Mavi Marmara diserang pada 31 May 2010, Al-Jazeera punya media dihadang.Satetlitnya diganggu dari mendapat rakaman secara LIVE semasa tragedi itu berlaku. Tetapi media Turki mereka tidak berjaya tutup kerana mereka terlupa. Di dalam kapal Mavi Marmara, terdapat banyak kamera tersembunyi yang merakamkan semua kejadian itu. Video-video inilah yang akhirnya membuka keadaan sebenar akan apa yang dilakukan oleh Israel.

Pada pg 31 May 2010 itu, 9 sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kepada saudara seagama di Palestin. Mereka dibunuh oleh tentera israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar. Berikut merupakan senarai syuhada' yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut :
 

1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turkey, berkahwin dan mempunyai 6 orang anak.

















2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai 4 cahaya mata.






















3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai 2 orang putera.


















4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.






















5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 3 tahun.






















6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak.

















7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai 7 orang anak.
























8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.




















9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai 2 adik beradik.


















 
Dr. Arba’ie, salah seorang daripada sukarelawan Malaysia sempat mencium tiga dari yang gugur pada pagi berdarah itu. Dr. Arba’ie telah memberitahu bahawa ada bau kasturi yang harum keluar daripada tubuh mereka yang telah terbunuh itu.

ALLAHUAKBAR!!!

3 BiJi KeK. (aL- KiSaH HaRi2 BahaGIaKu..)


Alhamdulillah Allah masih memberikan diri ini kesempatan untuk menaip sepatah dua dlm blog usang ini..
sbenarnya terlalu banyak dalam kepala nak ditulis, cuma masa yg kurang mengizikan. mugkn iltizam yg lelah juga utk menulis.
aku bersyukur kpd pemilik alam semesta ini kerana memberiku rasa bahagia dan gembira dismping insan2 yang dikurniakan oleh Allah kpdku..

berikut merupakan coretan hari2 bahagiaku pd bulan lahirku...


10 mei 2010

-tb2 fon aku brbunyi "tet tet.. tet tet.." tnda msg masuk. aku pun buka;;;;; anak usroh aku ucap birthday kat aku. wahhhh insan terawal ucap! dlm hati 'ingat jugak kat aku =)' tak kisah la wlaupun tarikh sbnr birthday aku 19 mei... 9 hari lg....
walaupun silap, tp aku sgt happy. ada insan igt n ambil tau kat diri ini=)).
time kasih dik!


11 mei 2010

-ucapan birthday di bilik wudu' balai islam. " happy birthday!!". Aik dlm hati aku ~lagi 8 hari birthday aku~ ermm tak smpai ms lg la dik... "tak pe, mmg sy nk wish awl2 pun"....

- mlm tu, dlm kul 10 lbh. waktu tu tgh menyembang ngn kwn2 kt blik ttb fon berdering. aku tgk skrin fon aku yg cabok tu, aik, naib s/u BADAM call?? ada meeting ke?
"assalamualaikum, emm minta trun blik kuliah utama skrg. ada meeting trgempar."
~ "aik dh lwt ni.. ok2 jap g trun"
" cpat skit ye"
tgh siap2 fon bnyi lg. kringggg...
" cpt skit trun"
~ "ok2 on d way"
tak smpai 5 mnit fon bnyi lg... kali ni timbln ydp BADAM plk call. aik pelik bebenor. tak pnh2.
" emm cpt skit. adahal mustahak ni"
aik plik btul meeting kali ni. bkn main pnting lg smpai cll aku tak bnti2.
dlm hti dh lain mcm dh rasa. aku bgegs trun, smpai je dpn BKU jump ngn naib YDP. hairan btul aku. tadi kalut sgt tapi gelap je blik.
tak da spe2 pun.
"mn yg lain?"
"tah tak smpai lg. tak pe msuk dlu"
aku buka je pintu trus nmpk 3 4 org dlm gelp ddk blakang krusi. SAH aku dah trkena!!
dah agak dah td... msuk2 je, adk2 n shbat2 BADAM
" ALLAH slmatkan kamu...." smpai hbs lagu...
ada smbunyi blkng pintu, krusi, emm... mcm2...

bhagian dpn sekali ada sbiji kek wrna hijau.
sbnrnya smbutn bfday aku diawalkan 8 hari. hehe... sbb dsambut skali ngn YDP BADAM yg lhir 10 mei. sbb tu dpt special skit.=))

apa2 pun aku nk mek ksmpatan sni ucapkan berjuta-juta trima ksih pada shbat2 smua sbb dh susah pyh wt surprise kat aku n YDP.

JASA KALIAN AMAT DIHARGAI. aku gembira brada dlm kluarga BADAM (badamkt.blogspot.com)

                    aku brsyukur pada-Mu ya Allah.. kek dari keluarga BADAM...
                        dah trpotong skit bru igt nk snap photo. hihihi....



12 mei 2010

- hadiah markh ujuan anatomi dan fisiologi (highest=p)
- cik mek yam bg hadiah pen=)) thnks a lot cik!!
- folder anatomi dan fisiologi full mark (20/20)
- kerja kursus anatomi dan fisiologi gred A+. (90.4%)

~rsenye bru prtma kali dpt folder ok. sblum ni rasanya no 1 gk tp dr blkg skali... ish ish ish....=(~


13 mei 2010

-ucpan birthday dr tok guru maktab. toche2...

~dlm hti, emm nmpk gya hri birthday aku yg sbnr conferm tak da sapa wish dah. smua pakat wish awal2~ tak pe tak kisah pun=p yeke...

18 mei 2010

- tak igt dah hamba Allah mana wish. tp katanya nk jd org prtama wish sblum org len. emm yela.... dh jd org ke brapa pluh dah tak tau. time ksh igt!=))

- esk 19 mei, bfday aku tp aku da exam.. wwaaa... waaaa... EDU 3104

-mlm tu aku kat blik kwn brtungkus lumus study. bnyk lg tak cover ooiii...
hahaha penangan study lst minutes....

19 mei 2010

-jam dh mnunjukkn kul 12.01 pg. aku msih brgelut ngn kwn2 nk khatam buku. ttb.. tet tet... tet tet...
msg aku buka. dri alang ucap bfday. "CPT DTG BLIK WAN SKRG!"
alamakkk... aku bnyk lg tak study.
"errkk.. tak study habis lg"
" kejappp je. alang bli kek"
huk huk sdh n trharu smua ada... thanks alang!!

                     
                                                                                                                kek alang bagi!! ritu jd lbh                                                                                              smngat jwp exm. mkn vitamin kek. hehe..

- rmai yg sudi wish. tp x bp igt dah smua dgn tepat. asiff n tocheeee!!!!

- slm terharu n sayang untuk mama, n adik. dpt msg cure dr mama ucp bfday=))))))


27 mei 2010

                                                kek dari kawn2 =))

- kelas aku buat jamuan plus sambutan bfday bdk2 kls for april n may... dapat hadiah mug sebiji. tme ksih kwn2!! =))

inilah sedikit coretan aku utk hari lahirku pada tahun ini
Aku bersyukur pada-Mu ya Allah krana msih memberi aku kesempatan hidup hingga hari ini..


Sabtu, 12 Jun 2010

duHai JiWaKu =(....


duhai jiwaku... smpai bl engkau akn menangis..
apa dayaku utk mengubati lukamu..
apa usahaku utk melihatmu bahagia..

stiap saat dirimu dilimpahi darah syuhada'
dlm deruan angin tagisan si kecil
titisan-titisan embun sang air mata sucinya
bukan meratap pilu tubuh kaku si ayah
bukan mendamba ksih syg jasad tak bernyawa
ttp... memasang azam utk mengikut jejaknya

duhai jiwaku... sampai bl engkau akn berdarah...
apa dayaku utk merawat deritamu..
apa usahaku utk melihat senyumanmu..

wahai pejuang agama Allah di sana!
teruskan jihad kalian demi ALLAH!!
TAKBIR!!!

PALESTIN SELAMANYA DI HATI..

Isnin, 7 Jun 2010

tak sabar

saya tak sabar nk update blog ni.
tp tggu hbs test dlu esk.
dah bersawang dah blog ni.
nsib bdn la dpt tuan mcm sy ni.
kesian awk blog....