haribulantahun

TeRiMa KaSiH=))

Sabtu, 13 Februari 2010

program tak jadi?? ditukar??;[

Segala puji bagi Allah Tuhan pencipta siang dan malam, langit dan bumi serta seluruh alam maya ini. Setinggi-tinggi pergantungan kita letakkan hanya kepada-Nya, Zat yang teragong.

Setelah diasak dengan kesibukan aktiviti-aktiviti terakhir Lajnah HELWANI sebelum menukar tampuk kepimpinan baru, barulah hari ini ana berpeluang menggerakkan jari menaip untuk berkongsi entri terbaru bersama-sama sahabat sekalian.

Ana berasa sangat bersyukur di atas kejayaan lajnah HELWANI BADAM menganjurkan “PAMERAN TOKOH PEJUANG ISLAM SERTA PERTANDINGAN PAMERAN MULTIMEDIA ISLAMIK DAN ISU-ISU SEMASA” walaupun pada mulanya terdapat pelbagai kekalutan yang berlaku. Pertandingan ini melibatkan semua pelajar PPISMP Semester 2, PISMP Semester 1 dan PISMP Semester 3.

Di awal perancangan, ana bersama para AJK lain telah bersetuju untuk mengadakan Pertandingan Pameran Tokoh Pejuang Islam serta Isu-isu Semasa. Pelbagai persiapan telah dilakukan termasuklah mengadap para pensyarah untuk bertanya mengenai tajuk-tajuk pilihan yang sesuai.

Kertas kerja juga telah ana bentangkan kepada Timbalan Pengarah. Walaupun pada mulanya bajet tidak mencukupi, akhirnya beliau meluluskan juga program ini berjalan, dengan syarat bajet program untuk hadiah kami terpaksa sediakan sendiri. Memang ana dah mendugakan perkara ini terjadi, memandangkan masalah ekonomi yang dihadapi negara. Walaubagaimana pun, ana tetap berpegang pada nasihat Pensyarah Penasihat Biro Agama Kerohanian dan Moral (BADAM), Ustaz Sabawi, “ duit tak de tak semestinya program tak blh berjalan”

Bermulalah pula misi terbaru kami- mengumpul dana. Rentetan misi ini, ana bersama ajk HELWANI yang lain telah mengadakan meeting tergempar. Pelbagai idea telah dilontarkan untuk mencari dana, antaranya adalah;

1) Mengenakan yuran pendaftaran kepada semua peserta
2) Mengutip yuran dari semua AJK HELWANI
3) Meminta sumbangan dari agensi-agensi luar seperti PETRONAS, kedai-kedai runcit, kedai buku, dll (memerlukan pngorbann yang tinggi=))
4) Meminta sumbangan dari pensyarah-pensyarah

Akhirnya, syura bersepakat mendahulukan idea yang terakhir.
Ana meminta setiausaha HELWANI yang sangat setia, untuk menyediakan surat memohon sumbangan daripada semua pensyarah. Pemplet pula disediakan oleh sahabat karib ana, kak ana=).

Setelah menyerahkan surat serta pemplet kepada semua pensyarah, ana berharap sumbangan yang bakal diperoleh cukup untuk kami meneruskan program ini.
Setelah selesai sedikit urusan, ana terus berjumpa dengan naib yang dipertua BADAM untuk memaklumkan perkembangan program ini. Sudah ditakdirkan, lain pula yang terjadi.

Ana terpaksa memasang telinga mendengar teguran dan kritikan terhadap apa yang telah ana lakukan dari Naib Yang Di-pertua (NYDP) BADAM yang memang terkenal dengan sikap proaktifnya. Ustaz Abdullah Zaki tidak begitu bersetuju dengan tema pertandingan ini.

Beliau memberi cadangan untuk mengadakan pertandingan pameran software islamik, iklan islamik, video islamik, web-web islamik, perbankan islam, serta isu-isu semasa. Setelah ana berbincang semula dengan AJK helwani serta payungan, majoriti tidak bersetuju dengan pertukaran ini. Hal ini kerana banyak perkara yang perlu diubah dan dibincangkan semula.

Walaubagaimana pun, ana terpaksa utamakan sifat walad kepada pimpinan tinggi terlebih dahulu. Akhirnya ana bersetuju menukar rentak program ini dengan harapan,Ustaz Abdullah Zaki dapat memberi komitmen sepenuhnya. Beliau juga telah memberi jaminan untuk menghulurkan sumbangan kewangan. Ana berasa senang hati dengan pertambahan sumbangan dana ini.

lega kerana banyak perkara telah selesai.
Persiapan demi persiapan pun dijalankan termasuklah pembahagian tugasan kepada semua biro BADAM. Tarikh pertandingan pada 20 & 21 Januari juga hanya tinggal beberapa hari lagi.

Tanpa diduga, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPGKDRI (JAPIM) ingin mengadakan mesyuarat dengan semua pimpinan BADAM. Tujuan utama adalah untuk berbincang mengenai program forum maal hijrah. Antara perkara lain yang berbangkit adalah mengenai program yang bakal dianjurkan oleh lajnah ana. Ramai pensyarah memberi pandangan untuk menangguhkan program ini ke minggu berikutnya. Hal ini kerana program ini bertindih dengan program orentasi pelajar-pelajar KPLI.

Setelah bersyura sekali lagi dengan pimpinan tinggi BADAM, akhirnya tarikh program ini ditunda ke 26 & 27 Januari 2010. Ana berdoa agar segala perancangan dapat berjalan lancar tanpa sebarang masalah lain lagi.

Proses pendaftaran dan penerangan berjalan sepanjang seminggu sebelum pertandingan. Walaupun terdapat banyak persoalan dan kerenah daripada para peserta, ana beruntung kerana NYDP dapat memberi komitmen dengan sepenuhnya.

Malam sebelum pertandingan, semua biro telah mengerahkan AJK masing-masing untuk turun membantu menguruskan tapak pameran serta poster-poster para peserta. Ana sangat berterima kasih kepada semua AJK yang terlibat pada malam tersebut.


Pertandingan ini berjalan dengan jayanya pada hari Selasa dan Rabu. Mengikut pemerhatian ana, hari Rabulah para peserta paling bersemangat untuk turun memberi penerangan serta mempromosikan pameran masing-masing.

Pelbagai cara telah dilakukan oleh para peserta. Antaranya adalah menyediakan pemplet, penanda buku, khidmat software percuma, serta gula-gula lolipop juga turut disediakan. Sangat kreatif=) dan tahniah kepada semua peserta!

Di sini ana ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Kepada para pemenang, TAHNIAH diucapkan!. insyaAllah pada entri akan datang, ana akan postkan unit-unit yang telah berjaya. Yang tewas, jangan berputus asa. Cuba lagi nanti! Gambattee!!!

1 comments:

~nurMaHirah~ berkata...

salam..
tahniah sahabatku.
kuatkan lagi mujahadahmu!!

Catat Ulasan