haribulantahun

TeRiMa KaSiH=))

Selasa, 5 Januari 2010

Nasyid Gempakk!!



Menyebut tentang fenomena kemunculan nasyid-nasyid Islam bercorak moden, terdetik di hati ana untuk meninjau sepintas lalu perkembangan “nasyid” di negara jiran, Indonesia. Adakah dalam corak nasyid seperti di negara kita, ataupun lebih santai, kemungkinan juga lebih ‘rock’ temponya.

Baru-baru ini, ana terjumpa dengan sebuah lagu yang dimainkan oleh kumpulan Wali Band berjudul TOMAT; tobat maksiat. Pertamanya ana begitu teruja mendengar lagu serta nama kumpulan tersebut. Tetapi apabila ana melihat lagu2 lain yang dimainkan oleh kumpulan itu, ternyata pembawakan watak sebagai kumpulan ‘nasyid’ yang pernah ana bayangkan meleset sama sekali.

Selain tempo ‘nasyid’, kumpulan ini juga terkenal dengan gaya rocknya yang tersendiri dalam lagu Cari Jodoh serta tempo ala baladanya dalam lagu Yank. Lagu-lagu ini telah mendapat tempat dihati para remaja Malaysia sekarang.

Di sini ana ingin merayu kepada diri ana sendiri serta semua pembaca, bijaklah dalam membuat pilihan, memilih bahan sebagai hawa telinga kita. Jadilah kita insan yang tidak mudah hanyut dengan mentaliti pembawakan barat. Sama-samalah kita memilih lagu yang dapat menyuburkan lagi iman kita serta mendekatkan lagi diri kita kepada-Nya. Ana rasa begitu bimbang dengan perkembangan lagu-lagu dewasa ini. Bukan setakat kosong pengisiannya, malah berjuta-juta nilai negatif telah diterapkan secara tidak sedar dalam lirik-lirik yang kita dengar. ‘Song’ merupakan salah satu wadah mutiara bagi para pembenci Islam untuk menyerang serta melumpuhkan kelahiran kader-kader pencinta Islam. Terlalu ramai remaja Islam kita telah hanyut dalam kancah modenisasi lagu yang telah dikembangkan dan diberi nafas oleh Barat.

Apa yang ana begitu tertarik dan ingin utarakan di sini adalah mengenai lagu TOMAT. Liriknya sangat memberi kesedaran serta gaya melodinya juga memikat hawa telinga. Bagi penggemar lagu-lagu bersifat islamik, lagu ini sesuai dijadikan pilihan hati sama ada untuk tujuan hiburan mahupun untuk memuhasabah diri.

Terdapat banyak lagi lagu-lagu nasyid di negara kita yang boleh memurnikan jiwa lalai serta menyedarkan diri yang alpa. Tapi awas semua, tidak dinafikan terdapat juga sebilangan besar nasyid yang boleh melalaikan jiwa kita. Nasyid-nasyid bertemakan keduniaan serta bermelodi melekakan telah berkembang sedikit sebanyak selari dengan kemodenan bidang itu sekarang.
Secara kesimpulannya, ana merayu sekali lagi kepada diri ana sendiri serta semua pembaca, JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK. Satu tip ringkas yang boleh ana kongsikan di sini adalah JIKA SESUATU PERKARA YANG DILAKUKAN SEMAKIN MENDEKATKAN LAGI DIRI KITA KEPADA-NYA, MAKA TERUSKANLAH, TAPI JIKA SEBALIKNYA HENTIKANLAH. Setakat ini dulu perkongsian ana dalam laman maya ini kepada semua pembaca. Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari diri ana sendiri serta gangguan syaitan. Wallahhua’lam.

0 comments:

Catat Ulasan