haribulantahun

TeRiMa KaSiH=))

Jumaat, 9 April 2010

kartun


































 nk jelaskan lagi kartun artikel di bwh.. harap dh blh bace=).
jgn bace sje, cuba renung dalam2... penah tak kite buat benda ni. klu penah... mksudnya dah dikira______
astaghfirullahh..

sronoknya mengumpattt...


ANTARA MENGUMPAT @ GHIBAH YANG DIBOLEHKAN

1) Orang yang mazhlum (teraniaya) boleh menceritakan dan mengadukan kezaliman orang yang menzaliminya kepada seorang penguasa atau hakim atau orang yang mempunyai hak memutuskan sesuatu perkara dalam rangka menuntut haknya.

2) Meminta bantuan untuk menyingkirkan kemungkaran agar orang yang membuat maksiat kembali ke jalan yang benar.Pembolehan ini dalam rangka isti'anah (minta tolong) untuk mencegah kemungkaran dan mengembalikan orang yang bermaksiat kejalan yang hak.Selain itu,ia merupakan kewajipan manusia untuk malakuakn amar ma'ruf dan nahi mungkar.Setiap muslim sering bantu membantu menegakkan kebenaran dan meluruskan jalan orang-orang yang menyimpang dari hukum-hukum Allah,hingga nyata yang haq dan bathil.


3) Istifta' (meminta fatwa) akan sesuatu hal.Walaupun kita diperbolehkan menceritakan keburukan seseorang untuk meminta fatwa,untuk lebih berhati-hati,ada baiknya kita hanya menyebutkan keburukan orang lain sesuai yang ingin kita adukan dan tidak melebih-lebih.


4) Memperingatkan kaum muslimin dari beberapa kejahatan.Contohnya apabila kita melihat seorang penuntut ilmu agama belajar kepada seseorang yang fasik atau ahli bid'ah dan kita khuatir terhadap bahaya yang menimpanya.Mkaka kita wajib menasihati dengan cara yang menjelaskan sifat dan keadaan guru tersebut dengan tujuan untuk kebaikan semata-mata.


5) Menceritakan kepada khalayak tentang seseorang yang berbuat fasik atau bid'ah seperti meminum minuman keras,menyita harta orang secara paksa,memungut pajak liar atau perkara-perkara bathil lainnya.Ketika menceritakan keburukan itu kita tidak boleh menambah-nambah cerita sepanjang niat kita dalam melakuakn hal itu hanya untuk kebaikan sahaja.

6) Panggilan seseorang.Bila seseorang yang telah dikenali dengan julukan seperti si pincang,si pendek,si bisu,si buta,atau sebagainya,maka kita boleh memanggilnya dengan julukan di atas agar orang lain mengerti,maka haram hukumya.Jika ia mempunyai nama lain yang lebih baik,maka lebih baik memanggilnya dengan nama tersebut.

Isnin, 5 April 2010

jgn,jgn,jgn


salam muhasabah, salam keinsafan, salam kesyukuran, salam ketabahan, salam ketenangan dan salam sgala2 yg baik...

tiada kata yg igin dlafazkan. hnya igin menjenguk seketika laman maya ini.
tidak smpat utk diri menukilkan kata2 pnjg lebar.
krana sgt2 dihimpit oleh tugasan institut dan assigmnt.

apa2 pun.... POSITIF selalu.
tp jgn trlebih positif=)).

dan yg pling pnting sekali utk sy nsihatkan diri sy n kwn2 lain yg sgt2 sibuk tu,
jgn kita jadikan sibuk dunia kita ini sehingga kita mengenepikan sibuk akhirat!!

balai Islam jgn tak pergi,
solat jemaah jgn tinggal,
baca al-Quran jgn lekang, 
solat sunat jgn leka..

Till we meet again=)..
~terigt kata2 exco kolej kediaman td, "klu kita tak bntu Islam, siapa lg.."
bilangan solat subuh jemaah di balai islam sgt mengecewakan. mana yg lain???=(......~


Sabtu, 3 April 2010

JgN dipiILih JoDoH mCaM Ni...


Jangan kahwini wanita yang enam sifatnya
Imam Al-Ghazali ada mencatatkan,jangan engkau kahwini wanita yang enam sifatnya.

1) Wanita Ananah
_ Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu serta setiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit untuk kepentigan dirinya.

2) Wanita Hadaqah
- Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada setiap sesuatu,lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membeli.

3) Wanita Mananah
- Wanita yang suka membangkit-bangkit terhadap suami.Wanita ini sering menyatakan,"Aku membuat ini keranamu".

4) Wanita Baraqah
- Wanita Wanita ini ada dua makna; Pertama wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.Keduanya dia akan marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

5) Wanita Hananah
- Wanita yang mengatakan kasih sayangnya pada lelaki yang lain,yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suaminya yang lain.

6) Wanita Syadaqah
- wanita ini cukup untuk dikenali iaitu wanita yang mempunyai sifat suka banyak cakap dan tidak menentu serta bising.

Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah dan baik akhlak dan peribadinya.Rasulullah S.A.W bersabda kahwinilah wanita itu kerana empat perkara iaitu kerana hartanya,kecantikannya,keturunannya dan AGAMAnya.Maka pilihlah pada agamanya adalah lebih baik nescaya akan membawa kerahmatan,kebahagiaan dan kesenangan yang berpanjangan.Ketahuilah mereka bahawa kecantikan itu adalah bersifat sementara dan ianya umpama sebilah mata pedang yang mampu memenggal leher seorang lelaki.

Khamis, 1 April 2010

kemana Nak Dicari Ya Akhi....


terasa kerdil diri ini di tengah lautan kedhaifan
dalam pencarianku yang masih kesamaran
di manakah setitis ilmu ini boleh didapatkan
di timur, barat, utara, selatan atau di perantaraan
kembaraku mencari al-ihsan
kunci kepada pengenalan jatidiri yang hakiki
kehidupan yang abadi


seorang hamba kerdil di tengah lautan kedhaifan
berjinak-jinak di taman sufi, tapi takut untuk melaungkan:


di dalam darahku ada Tuhan
di dalam hatiku ada Tuhan
di dalam sedarku ada Tuhan
di dalam mimpiku ada Tuhan
di dalam bajuku ada Tuhan
di dalam diriku ada Tuhan


di antara kita ada hijab yang perlu disingkap
agar hakikatnya dapat diungkap dan digilap
oleh setiap denyutnadi, setiap gerakfikir, setiap khayalsyair
di tengah lautan kedhaifan ini aku masih menanti
akan datangnya kebenaran kunci makrifat diri


namun aku takut untuk memulakan langkah kaki
kerana ditambat cinta dunia dan takut mati
aku mesti lepaskan diri dari ikatan ini
dan berpegang erat pada tali-temali
La Ilaha Ilallah, Muhammadur Rasulullah
hingga tersimpul mati sehingga mati
ya Allah, lepaskan aku
ya Allah, ikatlah aku
lahirkan rasa cinta dalam hatiku
agar tiada lagi hijab di antara Engkau dan aku


~artikel dr blog seorg shbat~