haribulantahun

TeRiMa KaSiH=))

Khamis, 13 Januari 2011

GaJi SaiDiNa AbU BaKaR

Dalam mencari dan memilih pemimpin, banyak kriteria yang harus kita fikir dan kaji bersama. para sahabat Nabi adalah antara susuk contoh teladan yang sangat baik untuk kita jadikan sebagai panduan. antaranya adalah Saidina Abu Bakar r.a,

Mari kita sama-sama hayati kisah di bawah ini...

Tepat sehari selepas di angkat menjadi khalifah, Saidina Abu Bakar r.a. dilihat pergi ke pasar dengan barang dagangannya. Umar kebetulan bertemu dengannya di jalan dan mengingatkan bahawa di bahu Saidina Abu Bakar sekarang terpikul beban negara yang berat. “Mengapa kau masih pergi ke pasar untuk menjalankan perniagaan? Sedangkan negara mempunyai begitu banyak masalah yang harus diselesaikan…” kata Umar.
Mendengar itu, Saidina Abu Bakar tersenyum. “Untuk mempertahankan hidup keluarga,” ujarnya singkat. “maka aku harus bekerja.”

Kejadian itu membuat Umar berfikir. Maka dia pun, bersama sahabat yang lain berbincang dan mengira perbelanjaan rumah khalifah. Tak lama kemudian, mereka menetapkan gaji tahunan 2,500 dirham untuk Saidina Abu Bakar, dan kemudian secara berperingkat, dinaikkan menjadi 500 dirham sebulan.
Harga 1 dirham semasa artikel ini dibuat ialah RM20, bermakna lebih kurang RM10,000 sebulan. Namun kita jangan lupa harga perak pada zaman khalifah tentunya berkali ganda jauh lebih murah lagi. 

Perkiraan Saidina Umar pun adalah cukup-cukup untuk perbelanjaan keluarga Saidina Abu Bakar R.A sahaja.
Meskipun gaji khalifah sebesar itu, Saidina Abu Bakar tidak pernah mengambil keseluruhan gajinya. Pada suatu hari isterinya berkata kepada Saidina Abu bakar, “Aku ingin membeli sedikit manisan.”
Abu Bakar membalas, “Aku tidak memiliki wang yang cukup untuk membelinya.”
Isterinya berkata, “Jika engkau izinkan, aku akan mencuba untuk berjimat wang belanja kita sehari-hari, sehingga aku dapat membeli manisan itu.”
Saidina Abu Bakar menyetujuinya.

Maka mulai saat itu isteri Abu Bakar menabung sedikit demi sedikit, menyisihkan wang belanja mereka setiap hari. Beberapa hari kemudian wang itu pun terkumpul untuk membeli makanan yang diinginkan oleh isterinya. Setelah wang itu terkumpul, isterinya menyerahkan wang itu kepada suaminya untuk dibelikan bahan makanan tersebut.

Namun Saidina Abu Bakar berkata, “Nampaknya dari pengalaman ini, ternyata wang gaji yang kita perolehi dari Baitul Mal itu melebihi keperluan kita.” Lalu Abu bakar mengembalikan lagi wang yang sudah dikumpulkan oleh isterinya itu ke Baitul Mal. Dan sejak hari itu, wang gaji beliau telah dikurangkan sejumlah wang yang dapat dijimat oleh isterinya sebelum itu.

Semasa wafatnya, Abu Bakar hanya mempunyai sebuah cadar usang dan seekor unta, yang merupakan harta negara. Ini pun dikembalikannya kepada penggantinya, Umar bin Khattab. Umar pernah mengatakan, “Aku selalu saja tidak pernah boleh mengalahkan Abu Bakar dalam beramal soleh.”

0 comments:

Catat Ulasan