haribulantahun

TeRiMa KaSiH=))

Rabu, 26 Januari 2011

TaHnIaH kpD PaRa CaLoN JPP!

Alhamdulillah... Tahniah kpd smua nama calon yg tlah sy cdgkan nama. smua calon2 di bawah berjaya memenangi kerusi.Hafizu Adha mendapat undian tertinggi dalam kerusi umum.
semoga kalian dapat menjalankan amanah ini sebaik mungkin!

Sabtu, 22 Januari 2011

JoM BuAnG UnDi!

salam kehormatan. memandangkan sekarang kita berada dalam 'kehangatan' pilihanraya kampus 20011/2012 sy nk bg cdangan sikit kat sahabat2 yg masih terpinga2 nk pilih sape. sebenarnya banyak yang kita perlu lihat dalam diri setiap pemimpin yang nak kita pilih. cause every result will give big impact to our JPP organization and how will they perform soon.

dalam pengalaman lepas2, bl sy tnya shbat2 calon mn yg nk dipilih, ada jwp; ''tgk yg cantik2 n hensem2", "ala... tah la tak pikir lg, nt pangkah je la", "emmm... tgk nm2 yg sedap yg tu nk pangkah nanti", 'n macam2 lg jawapan yg logik tak logik pun ada. hehehe..tak pe, bagi yg masih terpinga2 sy ada sdikit cadangan.

menurut sedikit kajian dan pengalaman saya, sy cadangkan beberapa nama:

KOD :U004(L)

NAMA : MOHD HAFIZU ADHA BIN SHAMDIN
K/P: 900702-03-6379
UNIT : BAHASA MELAYU 
SEMESTER : 3

- mantan biro  kolej kediaman yang sangat berdedikasi, banyak sumbangan beliau utk semua sama ada kita sedar mahupun tak-

KOD :U007(P)
NAMA : ALIANA BT AWANG ABD RAHMAN
K/P: 880317-11-5120
UNIT : PENGAJIAN ISLAM MORAL
SEMESTER : 5
-mantan biro helwani yang sangat optimis. public relation yang  baik serta sentiasa memikirkan kebajikan rakan2 beliau-

KOD :U008(P)
NAMA : NUR FARAHAIN BT CHE ANUWAR
K/P: 881107-56-5590
UNIT : PENGAJIAN SOSIAL
SEMESTER : 5
-mantan JPP yang ringan tulang dan mesra rakyat-
KOD : S308(L)
NAMA : MOHAMAD RAZIF BIN MOHAMAD NAWI
K/P: 891107-01-6195
UNIT : PENGAJIAN ISLAM MORAL
SEMESTER : 3
-pengalaman sy bekerja bersama beliau dalam BADAM banayak memberi gambaran yang positif terhadap sikap serta gerak kerja beliau. seorang yang 'mudah kira' , matang serta sentiasa berfikiran terbuka dan kedepan.

KOD : S101(L)
NAMA : MU'AZ HAKIMI BIN ZAKARIA
K/P: 910806-11-5249
UNIT : TESL 4
SEMESTER : 1
 - wakil dari adik2 TESEL yang boleh memberi komitmen serta menjalankan tanggungjawab dengan baik-

KOD : S205(L)
NAMA : MOHD LUQMAN BIN DAUD
K/P: 921023-11-5481
UNIT : PENGAJIAN ISLAM MORAL
SEMESTER : 2

- sorang lagi wakil junior yang berkaliber dan boleh diharapkan-

bagi calon2 yang telah menang tanpa bertanding, nama kalian tidak saya sertakan disini. 
p/s- nama2 diatas hanya cadangan sy kpd shabat2. walaubagaimanapun konsep mengundi adalah rahsia masih dipegang.sy tak menyenaraikan semua kuato calon yg boleh setiap pljr pilih. ada lg calon yg bakal sy undi tp tidak dimasukkan namanya. harap sahabat2 tidak berkecil hati. insyaAllah ada rezeki, kalian akan menang.

"berkhidmat untuk semua kerana Allah"

bijaklah dalam membuat keputusan.

Selasa, 18 Januari 2011

hEpY BiRtHdAy AbG sYaFiQ=))

Salam kerahmatan. entry ni mungkin dh agak terlambat skit. tp sy nk jgk wish utk abg sy hpy birthday yg ke 23 pada 15 januari yg lalu. (maaf ye abg, terlambt hihihi..)
entry kali ni santai2 je, cite skit about my family. 

terlalu bnyk perkara yg dah sy n abg lalui bersama sejak kecil smpai lah skrg. kisah waktu kcik2 dlu yg sntiasa di ingatan ni, bla hujung mggu ja, kmi berdua naik bas blik kpg. dalam umur sy darjah 2 n abg darjah 3. bila tringat blik, tak sgka kmi blh 'survive' tanpa dsedari.
kalu hari yang malang skit, bas yang kmi tggu hampir sejam tak benti bl tahan. mungkin pemandu 2 ingat kmi bdk2 yang main2 tahan bas. mula la masing2 muka masam blik rumah kat taman tu.

dah la bukan mudah nk dapat pelepasan blik kpg. kmi bdua dapat syarat dari mama. antaranya=
1. sapu sampah
2. basuh baju2
3. kemas rumah


tp yg bestnye~abg la wat keje bnyk skali~ hehehe...n bl smpai kpg. msti tok n wan dah tggu dpn pagar nk sambut kmi... wahhh bessttt=))!!
nk tau np kami beriya2 nk blik kpg? sbbnya, dr kcik lg tok n wan jg kmi, sbb mama smbung blajar. ni kire cucu kesayangan n pling mnja la. bl mama nk ambil kmi blik ddk dgn dia, mula la kmi memberontak sikit. hehehe. (ampun mama...dh insaf=p)

ada jgk bnda yg tak bestnye. umur kami yang hanya beza setahun ni ramai yg cakap kmi pasangan kembar. tu ok lagi, yang tak oknye ramai yg cakap sy ni kakak kpd abg sy. n smpai skrg la org ckp camtu..(ni kes abg kecik sgt la ni)

kmi kcik2 dlu suka sgt bgduh. sampai wan mrh2 n ckp "tak kan besar nnti nk bunuh mmbunuh". mmg tak blh ada slh skit, 24jam mcm kucing ngn anjing. (sy slalu brebut  nk jd kucing n abg...). hehehe..
sampai ada stu hari, jiran sblah rumah dtg leraikan prgaduhan kmi, waktu tu kmi 2 ja kat rmh.gduh bising sampai jiran dgr. bl igt blik, kira nakal jgk la sy ni. mmg selalu nk menang.hihiihih.. (dah insaf..) kcik2 dlu suka sgt nangis. tak blh mama tgur, msti ngis(kes manja trlebih ngn tok)

tp bl dah mkin besar, masing2 mkin berubah. makin matang katakan~..~. apa2 pun, kmi banyak bljar dr pengalaman kmi sejak kcil. walaupun pahit waktu kcil, smua dh jd mnis bl kenang kembali..n HEPY BIRTHDAY skali lg to my bro..

hopefully dalam pertambahan usia ni, amal n iman kita mkin bertambah. =))..
smoga abg pnjang umur, murah rezeki, berjaya dunia akhirat n jd guru yg berdedikasi..amin..

(i'm thinking what suitable present 2 give to my brther..)

-al fatihah untuk arwah tok sy-
-
-
-
-
-
-
-
-

ha inilah bukti yg jelas lg nyata pembuliannya...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 apa la yg best sgt tu dpt buli org...
-
-
-
-
-
-
-


 baik2 la jap dh dapat main..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

 pakat2 khusyuk dapat naik kapal angkasa mainan tu. hehehe
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

peluang2..sekali seumur hidup naik itik tu...

Khamis, 13 Januari 2011

GaJi SaiDiNa AbU BaKaR

Dalam mencari dan memilih pemimpin, banyak kriteria yang harus kita fikir dan kaji bersama. para sahabat Nabi adalah antara susuk contoh teladan yang sangat baik untuk kita jadikan sebagai panduan. antaranya adalah Saidina Abu Bakar r.a,

Mari kita sama-sama hayati kisah di bawah ini...

Tepat sehari selepas di angkat menjadi khalifah, Saidina Abu Bakar r.a. dilihat pergi ke pasar dengan barang dagangannya. Umar kebetulan bertemu dengannya di jalan dan mengingatkan bahawa di bahu Saidina Abu Bakar sekarang terpikul beban negara yang berat. “Mengapa kau masih pergi ke pasar untuk menjalankan perniagaan? Sedangkan negara mempunyai begitu banyak masalah yang harus diselesaikan…” kata Umar.
Mendengar itu, Saidina Abu Bakar tersenyum. “Untuk mempertahankan hidup keluarga,” ujarnya singkat. “maka aku harus bekerja.”

Kejadian itu membuat Umar berfikir. Maka dia pun, bersama sahabat yang lain berbincang dan mengira perbelanjaan rumah khalifah. Tak lama kemudian, mereka menetapkan gaji tahunan 2,500 dirham untuk Saidina Abu Bakar, dan kemudian secara berperingkat, dinaikkan menjadi 500 dirham sebulan.
Harga 1 dirham semasa artikel ini dibuat ialah RM20, bermakna lebih kurang RM10,000 sebulan. Namun kita jangan lupa harga perak pada zaman khalifah tentunya berkali ganda jauh lebih murah lagi. 

Perkiraan Saidina Umar pun adalah cukup-cukup untuk perbelanjaan keluarga Saidina Abu Bakar R.A sahaja.
Meskipun gaji khalifah sebesar itu, Saidina Abu Bakar tidak pernah mengambil keseluruhan gajinya. Pada suatu hari isterinya berkata kepada Saidina Abu bakar, “Aku ingin membeli sedikit manisan.”
Abu Bakar membalas, “Aku tidak memiliki wang yang cukup untuk membelinya.”
Isterinya berkata, “Jika engkau izinkan, aku akan mencuba untuk berjimat wang belanja kita sehari-hari, sehingga aku dapat membeli manisan itu.”
Saidina Abu Bakar menyetujuinya.

Maka mulai saat itu isteri Abu Bakar menabung sedikit demi sedikit, menyisihkan wang belanja mereka setiap hari. Beberapa hari kemudian wang itu pun terkumpul untuk membeli makanan yang diinginkan oleh isterinya. Setelah wang itu terkumpul, isterinya menyerahkan wang itu kepada suaminya untuk dibelikan bahan makanan tersebut.

Namun Saidina Abu Bakar berkata, “Nampaknya dari pengalaman ini, ternyata wang gaji yang kita perolehi dari Baitul Mal itu melebihi keperluan kita.” Lalu Abu bakar mengembalikan lagi wang yang sudah dikumpulkan oleh isterinya itu ke Baitul Mal. Dan sejak hari itu, wang gaji beliau telah dikurangkan sejumlah wang yang dapat dijimat oleh isterinya sebelum itu.

Semasa wafatnya, Abu Bakar hanya mempunyai sebuah cadar usang dan seekor unta, yang merupakan harta negara. Ini pun dikembalikannya kepada penggantinya, Umar bin Khattab. Umar pernah mengatakan, “Aku selalu saja tidak pernah boleh mengalahkan Abu Bakar dalam beramal soleh.”

Selasa, 11 Januari 2011

SaMi YuSuF's BioGrApHy

Sami Yusuf
Dr. Sami Yusuf


Sami Yusuf is a British composer. Sami Yusuf is a singer, lyricist and an accomplished musician. Sami Yusuf was born in July 1980 into a musical family of Azeri origin, thus music played an integral part in his life. Sami Yusuf learnt to play several instruments at a very young age and gradually began to show a keen interest in singing and composing. He studied music at several institutions and with renowned composers and musicians including composers from the Royal Academy of Music in London, one of the world most prestigious music institutions.

Sami Yusuf has been composing from a very young age and his beautiful voice is supplemented by his extensive knowledge of music theory and harmony. He has also a good understanding of the Middle Eastern modes (or Maqams). Sami Yusuf is a devout Muslim who sees songs as a means of promoting the message of love, mercy, peace and tolerance and encouraging the youth to be proud of their religion and identity.

Since 2003, Sami Yusuf’s debut album ‘al-Mu’allim’ and his second album ‘My Ummah’ have sold over five million copies worldwide (with a third album nearing completion). His concerts have attracted huge audiences across the Middle East, Europe and the United States, including a staggering 250,000 attendance in Istanbul. Sami Yusuf has been featured by Time Magazine and has appeared on the covers of dozens of other mainstream publications around the world. Sami Yusuf is devoutly spiritual and often uses his art and music as a means of promoting the messages of love, mercy, peace and tolerance, whilst encouraging the youth to be proud of their identity.

-islamic lyrics

Sabtu, 8 Januari 2011

PoKoK AtAsI RaSa LaPaR

 
JOHANNESBURG - Afrika Selatan kelmarin mengeluarkan lesen pertama kepada sebuah firma tempatan, HGH Pharmaceuticals untuk menjual pokok herba tradisional yang didakwa mampu mengatasi masalah lapar dan letih. Tumbuhan dengan nama saintifik Sceletium tortuosum dikenali di negara itu sebagai Kanna, Channa atau Kougoed. Ia sering digunakan oleh masyarakat pribumi San sejak ratusan tahun lalu tanpa memberi sebarang kesan sampingan dan ketagihan.  Kementerian Alam Sekitar Afrika Selatan memberi kelulusan untuk pokok itu dikomersialkan sebagai makanan tambahan kesihatan. Ia dijangka menjana ekonomi penduduk miskin apabila aktiviti penanaman berskala besar dilakukan tidak lama lagi. "Selain menyebabkan kita berasa sentiasa kenyang, tumbuhan ini juga didapati sesuai untuk merawat tekanan di pejabat, ketegangan perasaan atau meredakan kesedihan seseorang," kata Pengarah Penyelidikan HGH, Nigel Gericke.


Jumaat, 7 Januari 2011

ada prkara yg kita tak thu tntg MENGUMPAT!

Islam memberi perhatian serius terhadap penjagaan lidah. Peri pentingnya penjagaan lidah itu sehingga Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa diam dia berjaya”(Hadis riwayat al-Tirmizi)

Pada waktu lain Baginda SAW memberi jaminan kepada orang yang sanggup menjaga lidahnya. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang boleh memberi jaminan kepadaku apa yang ada antara misai dan janggutnya dan apa yang ada antara dua pahanya, aku jamin baginya syurga.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)
Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya."Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.
Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

~banyaknya dosa..~

Ahad, 2 Januari 2011

my first say in new year 2011!

I learn about religion to answer my own Questions, 
and not to question others!