haribulantahun

TeRiMa KaSiH=))

Isnin, 1 November 2010

KaYuH BaSiKaL kE MeKaH uTk TuNaI HaJi!

               tempat 2 ank muda Afrika Selatan tuju..

salam kesejahteraan... percaya atau tidak, inilah yang telah dilakukan oleh 2 anak muda dari Afrika Selatan ini.

Nathim Caircross,28 dan Imtiyaz Ahmad Haron,25 dari Afrika Selatan mengayuh basikal merentasi Bostwana, Zimbabwe, Mozambique, Malawi, Tanzania, Kenya, Turki, Syria, dan Jordan dengan mengayuh basikal dari Afrika Selatan ke Arab Saudi iaitu sejauh lebih kurang 8000 km!
Setiap hari mereka berbasikal sejauh 80-100 km, bermula dari Cape Town, Afrika Selatan.

“Mengayuh basikal ke Arab Saudi dari Cape Town adalah pengalaman yang memenatkan. Kami melakukan perjalanan dengan cara begini supaya kita bersedia untuk menjalani kerasnya ibadah haji,” kata Cairncross, yang bekerja sebagai perancang bandar.
Di Cape Town mereka adalah bekas penuntut undang-undang Islam di sebuah universiti. Mereka mengatakan berasa bahagia setibanya di sempadan Arab Saudi. 

Mereka memulakan perjalanan pada 7 Februari 2010. Ini adalah perjalanan haji pertama mereka. “Kami boleh naik kapal terbang, tetapi kami menghargai perjalanan yang berbeza. Jadi kami memilih untuk menggunakan basikal kami. Berbasikal adalah kegiatan yang paling kami sukai,” kata Cairncross.
Menjelang senja, mereka akan mencari masjid untuk berehat. Selepas Subuh, mereka meneruskan perjalanan semula. Sepanjang perjalanan mereka menemui ramai orang ramai yang ramah dan menyambut baik mereka. Orang ramai menghormati perjalanan haji mereka dan menawarkan makan minum serta wang ringgit sebagai bekalan mereka. Ini kerana mereka membawa bekalan yang minimum.
Di sempadan Arab Saudi, pegawai keselamatan juga menyambut mesar dua jamaah ini yang terpaksa juga turun naik pergunungan dengan mengayuh basikal.
Mereka merentasi sembilan negara selama sembilan bulan, mereka sering menukar tayar dan memperbaiki rantai basikal mereka.
Masalah bahasa kadangkala menggangu perjalanan mereka namun mereka dapat mengatasinya. Selesai menunaikan haji, mereka akan pulang melalui Afrika Barat. Subhanallah!
(posted isuhangat)

~selamat menunaikan ibadah haji kpd Mak Lang=)~

0 comments:

Catat Ulasan