haribulantahun

TeRiMa KaSiH=))

Selasa, 2 November 2010

DiEt RaSuLuLLaH SAW


salah satu sunnah nabi adalah mkn menggunakan tangan..(gmbr-MB Kelantan)

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila kawan-kawan telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau kita ikut diet Rasulullah ini, kita takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

  • Jangan makan SUSU bersama DAGING
  • Jangan makan DAGING bersama IKAN
  • Jangan makan IKAN bersama SUSU
  • Jangan makan AYAM bersama SUSU
  • Jangan makan IKAN bersama TELUR
  • Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
  • Jangan makan SUSU bersama CUKA
  • Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN

* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.

* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.

*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.

* Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.
Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut. 4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

Isnin, 1 November 2010

KaYuH BaSiKaL kE MeKaH uTk TuNaI HaJi!

               tempat 2 ank muda Afrika Selatan tuju..

salam kesejahteraan... percaya atau tidak, inilah yang telah dilakukan oleh 2 anak muda dari Afrika Selatan ini.

Nathim Caircross,28 dan Imtiyaz Ahmad Haron,25 dari Afrika Selatan mengayuh basikal merentasi Bostwana, Zimbabwe, Mozambique, Malawi, Tanzania, Kenya, Turki, Syria, dan Jordan dengan mengayuh basikal dari Afrika Selatan ke Arab Saudi iaitu sejauh lebih kurang 8000 km!
Setiap hari mereka berbasikal sejauh 80-100 km, bermula dari Cape Town, Afrika Selatan.

“Mengayuh basikal ke Arab Saudi dari Cape Town adalah pengalaman yang memenatkan. Kami melakukan perjalanan dengan cara begini supaya kita bersedia untuk menjalani kerasnya ibadah haji,” kata Cairncross, yang bekerja sebagai perancang bandar.
Di Cape Town mereka adalah bekas penuntut undang-undang Islam di sebuah universiti. Mereka mengatakan berasa bahagia setibanya di sempadan Arab Saudi. 

Mereka memulakan perjalanan pada 7 Februari 2010. Ini adalah perjalanan haji pertama mereka. “Kami boleh naik kapal terbang, tetapi kami menghargai perjalanan yang berbeza. Jadi kami memilih untuk menggunakan basikal kami. Berbasikal adalah kegiatan yang paling kami sukai,” kata Cairncross.
Menjelang senja, mereka akan mencari masjid untuk berehat. Selepas Subuh, mereka meneruskan perjalanan semula. Sepanjang perjalanan mereka menemui ramai orang ramai yang ramah dan menyambut baik mereka. Orang ramai menghormati perjalanan haji mereka dan menawarkan makan minum serta wang ringgit sebagai bekalan mereka. Ini kerana mereka membawa bekalan yang minimum.
Di sempadan Arab Saudi, pegawai keselamatan juga menyambut mesar dua jamaah ini yang terpaksa juga turun naik pergunungan dengan mengayuh basikal.
Mereka merentasi sembilan negara selama sembilan bulan, mereka sering menukar tayar dan memperbaiki rantai basikal mereka.
Masalah bahasa kadangkala menggangu perjalanan mereka namun mereka dapat mengatasinya. Selesai menunaikan haji, mereka akan pulang melalui Afrika Barat. Subhanallah!
(posted isuhangat)

~selamat menunaikan ibadah haji kpd Mak Lang=)~