JOHANNESBURG - Afrika Selatan kelmarin mengeluarkan lesen pertama kepada sebuah firma tempatan, HGH Pharmaceuticals untuk menjual pokok herba tradisional yang didakwa mampu mengatasi masalah lapar dan letih. Tumbuhan dengan nama saintifik Sceletium tortuosum dikenali di negara itu sebagai Kanna, Channa atau Kougoed. Ia sering digunakan oleh masyarakat pribumi San sejak ratusan tahun lalu tanpa memberi sebarang kesan sampingan dan ketagihan. Kementerian Alam Sekitar Afrika Selatan memberi kelulusan untuk pokok itu dikomersialkan sebagai makanan tambahan kesihatan. Ia dijangka menjana ekonomi penduduk miskin apabila aktiviti penanaman berskala besar dilakukan tidak lama lagi. "Selain menyebabkan kita berasa sentiasa kenyang, tumbuhan ini juga didapati sesuai untuk merawat tekanan di pejabat, ketegangan perasaan atau meredakan kesedihan seseorang," kata Pengarah Penyelidikan HGH, Nigel Gericke.
Sabtu, 8 Januari 2011
Jumaat, 7 Januari 2011
ada prkara yg kita tak thu tntg MENGUMPAT!
Islam memberi perhatian serius terhadap penjagaan lidah. Peri pentingnya penjagaan lidah itu sehingga Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa diam dia berjaya”(Hadis riwayat al-Tirmizi)
Pada waktu lain Baginda SAW memberi jaminan kepada orang yang sanggup menjaga lidahnya. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang boleh memberi jaminan kepadaku apa yang ada antara misai dan janggutnya dan apa yang ada antara dua pahanya, aku jamin baginya syurga.” (Hadis riwayat al-Bukhari)Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)
Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya."Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.
Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.
~banyaknya dosa..~
Ahad, 2 Januari 2011
my first say in new year 2011!
I learn about religion to answer my own Questions,
and not to question others!
Selasa, 2 November 2010
DiEt RaSuLuLLaH SAW
salah satu sunnah nabi adalah mkn menggunakan tangan..(gmbr-MB Kelantan)
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila kawan-kawan telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.
Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau kita ikut diet Rasulullah ini, kita takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
- Jangan makan SUSU bersama DAGING
- Jangan makan DAGING bersama IKAN
- Jangan makan AYAM bersama SUSU
- Jangan makan IKAN bersama TELUR
- Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
- Jangan makan SUSU bersama CUKA
- Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)
CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
* Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.
Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan:
1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut. 4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).
Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"
Isnin, 1 November 2010
KaYuH BaSiKaL kE MeKaH uTk TuNaI HaJi!
tempat 2 ank muda Afrika Selatan tuju..
“Mengayuh basikal ke Arab Saudi dari Cape Town adalah pengalaman yang memenatkan. Kami melakukan perjalanan dengan cara begini supaya kita bersedia untuk menjalani kerasnya ibadah haji,” kata Cairncross, yang bekerja sebagai perancang bandar.
~selamat menunaikan ibadah haji kpd Mak Lang=)~
salam kesejahteraan... percaya atau tidak, inilah yang telah dilakukan oleh 2 anak muda dari Afrika Selatan ini.
Nathim Caircross,28 dan Imtiyaz Ahmad Haron,25 dari Afrika Selatan mengayuh basikal merentasi Bostwana, Zimbabwe, Mozambique, Malawi, Tanzania, Kenya, Turki, Syria, dan Jordan dengan mengayuh basikal dari Afrika Selatan ke Arab Saudi iaitu sejauh lebih kurang 8000 km!
Setiap hari mereka berbasikal sejauh 80-100 km, bermula dari Cape Town, Afrika Selatan.
“Mengayuh basikal ke Arab Saudi dari Cape Town adalah pengalaman yang memenatkan. Kami melakukan perjalanan dengan cara begini supaya kita bersedia untuk menjalani kerasnya ibadah haji,” kata Cairncross, yang bekerja sebagai perancang bandar.
Di Cape Town mereka adalah bekas penuntut undang-undang Islam di sebuah universiti. Mereka mengatakan berasa bahagia setibanya di sempadan Arab Saudi.
Mereka memulakan perjalanan pada 7 Februari 2010. Ini adalah perjalanan haji pertama mereka. “Kami boleh naik kapal terbang, tetapi kami menghargai perjalanan yang berbeza. Jadi kami memilih untuk menggunakan basikal kami. Berbasikal adalah kegiatan yang paling kami sukai,” kata Cairncross.
Menjelang senja, mereka akan mencari masjid untuk berehat. Selepas Subuh, mereka meneruskan perjalanan semula. Sepanjang perjalanan mereka menemui ramai orang ramai yang ramah dan menyambut baik mereka. Orang ramai menghormati perjalanan haji mereka dan menawarkan makan minum serta wang ringgit sebagai bekalan mereka. Ini kerana mereka membawa bekalan yang minimum.
Di sempadan Arab Saudi, pegawai keselamatan juga menyambut mesar dua jamaah ini yang terpaksa juga turun naik pergunungan dengan mengayuh basikal.
Mereka merentasi sembilan negara selama sembilan bulan, mereka sering menukar tayar dan memperbaiki rantai basikal mereka.
Masalah bahasa kadangkala menggangu perjalanan mereka namun mereka dapat mengatasinya. Selesai menunaikan haji, mereka akan pulang melalui Afrika Barat. Subhanallah!
(posted isuhangat)
Langgan:
Catatan (Atom)






